BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Saturday, December 24

All The Best!

Salamun'alaik to all,
I'll start the final examination for the Semester I Final Year on this Thursday.
Please pray for my succees and all the best to all my classmates, friends, sahabat and sahabiah...
May Allah help us and guided us the the right path...
Someone have had told to me,
'Jangan pernah beriman dengan segulung ijazah'
But then, I have to score in this becoming exam and success in this second last semester as degree student.
Hope to see you again,
Wassalam.

¬Sabar Usaha Tawakal¬

Saturday, December 17

Muhasabah Bersama..

"Kadangkala kita terlupa akan sikap kita, perangai kita, akhlak kita dengan Allah SWT.
Sedangkan Dialah yang hendak memberikan syurga dan neraka kepada kita.
Dialah yang menghitung amalan kita.
Dialah yang menentukan hidup dan mati kita.
Maka bagaimanakah hubungan kita denganNya?
Bagaimana solat kita?
Bagaimana Al-Quran kita?
Bagaimana penjagaan kita terhadap hukum-hakamNya, perintah dan laranganNya dalam seharian kehidupan kita?
Apakah hari baru ini, hari ini, kita sekadar mengulang kesilapan yang sama? Atau kita memilih untuk berubah?"-Hilal Asyraf

Mari kita sama-sama menghitung diri...
Di kala diri hanyut dalam kesibukan dunia...
Di kala diri sudah tidak dapat merasai kelazatan dan kekusyukan dalam beribadah..
Pabila Ibadah dirasakan hanya sebagai amalan ritual semata-mata...
Pabila terasa hanya memberi sisa masa kepada Allah...
Astaqfirullah..
Kembalilah, sebelum kau lebih jauh hanyut...

Saturday, December 10

Perkongsian~

Panduan ini dikirim oleh rakan-rakan dan saya sekadar ingin berkongsi dengan teman-teman sekelian. Semoga ianya memberi kemanfaatan pada kita semua……amiiin

Dikatakan :-
۞Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞Surah Yasin dapat menghi lan gkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞Surah Al-Kafirun dapat mengha lan g kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....

Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG!'

Sebar-sebarkan info ini Wahai SaudaraKu~

Credit to Qilah, my classmate=)

List of Works & Date of SubmissionT.T

Pharmacotherapeutics (PT)
Presentation case 2: 14/12/11
Quiz 2: 15/12/11
Quiz 3: 19/12/11
Presentation case 3: 21/12/11

Pharmacy Practice
Visit: 16/12/11
Halal Product: 23/12/11
HMR report: 23/12/11 (Group compile: 20/12/11)

SAT
Plant Database: hantar kat Sarah 11/12/11
Report 1- Discussion BI, result & precaution
Report 2- Conclusion & Compile
Report 3- to be determined later

QA
Drug Compendial (Lovastatin): 1 week b4 final
Poster presentation audit: 1 week b4 final

DD2
Report Dr Uttam: 15/12/11
Quiz 4: 13/12/11 (Dr Farah)
Quiz 5: to be determined later(Dr Uttam & Dr Kausar)

OTC
Insomnia: 2 week b4 final
Legistration: 2 week b4 final

Pharmacoeconomics (PE)
Bias: 12/12/11

FINAL EXAM SEM 1/YEAR 4: 29/12/11

~ALLAHUMMA YASSIR WALA TU'ASSIR YA KARIM YA RAHMAN YA RAHIM~

Sunday, November 27

Lorong-lorong itu...

"Berkahwinlah anda demi Allah, Rasul, agama dan perjuangan, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang."

Bukalah lorong-lorong itu mengikut syariat....

Saturday, November 19

PETUA KESIHATAN ANJURAN IBNU QAYYIM

Penyebab rosaknya badan

>perkara yang merosakkan badan ialah perasaan runsing,gelisah, lapar dan tidak tidur malam(bukan tujuan qiamullail)


Penyebab wajah bersinar

>perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar ialah menjaga maruah,jujur, dermawan dan taqwa
>perkara yang menyebabkan wajah kelihatan kering iaitu berdusta,tidak mempunyai perasaan malu,banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa


Kefahaman dan ingatan

>perkara yang boleh merosakkan ingatan dan kefahaman ialah sentiasa memakan buah yang masam,tidur menggunakan tengkuk(belakang kepala),hati sedih dan fikiran runsing
>perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman ialah hati gembira,sedikit makan dan minum,mengawal makanan manis dan berlemak serta mengurangkan lebihan berat badan

Menerangkan penglihatan

>perkara yang boleh menerangkan penglihatan dan menyejukkan hati ialah melihat warna hijau,melihat air yang mengalir,melihat barang atau orang yang disayangi dan melihat buah-buahan serta dedaun.
>perkara yang menggelapkan pandangan ialah berjalan tanpa alas kaki,menyambut waktu pagi dengan wajah yang muram,banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil

Tips penjagaan kesihatan:Sunah Rasulullah saw
>mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik.Air sejuk yang meresap ke dalam tubuh boleh mengurangkan lemak mengumpul.
>waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur(iaitu sujud sekuramg-kurangnya seminit selepas menbaca doa).Ia boleh mengelak daripada sakit kepala atau migrin.Ahli- ahli sains telah menemui beberapa mm ruang udara dalam salur darah di kepala yang tidak di penuhi darah.Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang-ruang tersebut.
>jangan makan makanan laut bercampur dengan makanan daratNabi menegah kita makan ikan bersama susu.Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit.Ini terbukti oleh saintis di mana ayam mempunyai ion{+} manakala ikan mempunyai ion{-},jika bercampur akan menghasilkan tindakbalas biokimia yang boleh merosakkan usus kita.
>makan dengan tangan dan habis hendaklah menjilat dengan tangan kerana kandungan enzimnya 10 kali ganda terdapat dalam air liur.

Saturday, August 27

Nasihat kepada Ali

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali karamallahu wajhah...

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Tirmizi, Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Ali r.a., “Wahai Ali, jangan dilengahkan tiga perkara! Solat apabila telah sampai waktunya, jenazah apabila hadirnya, wanita bujang apabila telah ditemui kufunya.”
*Riwayat Tirmizi (156), hassan gharib. Imam sayuthi berpendapat hadith ini hassan. Albani berpendapat hadits ini daif.

Lagi, nasihat Rasulullah SAW kepada Saidina Ali r.a:
“Ketahuilah olehmu Ali bahawa rezeki para hamba itu di tangan Allah SWT. Tiada gunanya kamu bersedih kerana kami tidak akan dapat berbuat apa-apa. Kamu hanya dapat pahala atas kesedihan yang menimpa dirimu”.
Maka jadilah orang yang bersyukur, taat dan bertawakal kepada Allah. Maka kau akan termasuk di kalangan sahabatnya.
Tanya Ali : “Atas dasar apa aku harus bersyukur pada Allah. Bagaimana caranya untuk aku taat pada Nya.”
"Bacalah : La hau la wa laa Quwwata illa billahi aliyul azim."
Lalu apa yang harus aku tinggalkan?
"Tinggalkan marah , kerana tinggalkan marah itu dapat memadamkan murka Tuhan , memberatkan timbangan amal dan memimpin mu ke syurga"...

Dan nasihat Nabi SAW lagi,
Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


~Hari-hari terakhir Ramadhan 1432 H..
Akan bertemu lagikah Ramadhan akan datang?
"ALLAHUMMA INNAKA 'AFUWWUN KAREEM TUHIBBU AFWA FA'FU 'ANNA"~

Tuesday, August 23

Then, I'll keep walking with You~

Sometimes, when the world's not on your side
You don't know where to run to
You don't know where to hide.

You gaze, at the stars in the sky
At the mountains so high
Through the tears in your eyes.

Looking for a reason,
to replace what is gone.
Just remember, remember
That you are never alone.

You are never alone (you are never alone)
Just reach into your heart
And Allah is always there.
You are never alone (you are never alone)

Through sorrow and through grief
Through happiness and peace
You are never alone.

So now as you long for your past
Prepare for your future
But knowing nothings going to last

You see this life is but a road
A straight and narrow path
To our final abode

So travel well O Muslim
And Paradise will be your home
And always remember
That you are never alone.

You are never alone (you are never alone)
Just reach into your heart
And Allah is always there.
You are never alone (Allah is there)


.:Zain Bhikha
"You Are Never Alone ".:

Saturday, August 20

BERBALASKAH CINTAKU?

"Kita selalu mengucapkan cinta kepada ALLAH. Tetapi pernah tak kita terfikir, adakah ALLAH juga cinta kepada kita?"kata-kata suami di suatu petang, cukup menyentak jiwa ini.

Kuat!

Saya terdiam tidak membalas. Merenung-renung kebenaran dari bicaranya. Bukan tidak pernah terfikir, cuma selalu terlupa.

Berapa ramai manusia yang mengharap dirinya jatuh cinta, lalu setelah merasakan dirinya dicintai, membalas pula huluran kasih itu dengan cinta yang serupa. Maka jadilah mereka dua insan bercinta, saling kasih mengasihi.

Alangkah indahnya kala cinta bersemi, lebih indah bila kasih yang diberi berbalas cinta sejati.

Sebaliknya, bila cinta tidak dihirau, kasih dipandang sepi, bagai bertepuk sebelah tangan, kesakitan yang menjalar dari itu umpama menghulur sebungkus hadiah, tetapi akhirnya ia ‘mendarat’ di tempat sampah.

Sungguh pedih dan menyakitkan perasaan!


CINTA ALLAH
Namun, itu adalah tamsilan cinta sesama manusia. Tentu sahaja interpretasinya tidak sama dan sangat jauh berbeza dengan cinta kepada ALLAH Yang Maha Mencipta.

Kerana, cinta ILAHI bukan sebagaimana cinta Romeo terhadap Juliet, yang berpenghujung dengan kematiannya.

Cinta ILAHI bukan laksana cinta penuh rindu dendam dari Qais kepada Laila, sehingga hidupnya berpanjangan derita siang dan malam.

Juga, cinta ILAHI bukan umpama luahan cinta seorang jejaka kepada gadis yang diidam-idamkannya, sehingga ketika penolakan yang diterima, maka mengalirlah airmata dan hancurlah jiwa.

Sesungguhnya ALLAH SWT itu Maha Kaya. Maha suci DIA dari segala kekurangan cinta yang ada pada cinta manusia.

Andai cinta manusia banyak berakhir dengan kehancuran, rindu sesama mereka berisi kedukaan dan penderitaan, kasih yang diharapkan hanya berbalas curahan airmata dan menghancurkan jiwa, maka cinta ALLAH adalah sebalik dari semua itu.

Cinta ALLAH pasti berakhir dengan kebahagiaan.

Menyintai dan merindui-NYA berisi ketenangan dan kedamaian.

Rasa kasih kepada-NYA, walau masih mengalirkan airmata tetapi ia menghidupkan jiwa seumpama air hujan menyirami pepohonan.

Akan tetapi, berapa ramaikah yang mengambil berat akan ungkapan cinta kepada-NYA beriring rasa khuatir dan bimbang, akan berbalaskah lontaran cinta mereka kepada-NYA?


MAKNA KEHIDUPAN
Pada saya, jawapan kepada persoalan ini banyak dipengaruhi oleh bagaimana mereka menemukan hidup dan memandang nilai kehidupan.

Kita selalu mendengar beragam pendapat masyarakat ketika mereka ditanya apakah makna kehidupan di dunia ini. Sebahagian mengatakan kehidupan dunia ini ibarat pentas teater.

Pada satu-satu persembahan, beragam karektor dan watak akan dimainkan, ada peranan protagonis juga peranan antagonis. Ada orang yang kaya, ada pula orang yang miskin.

Di satu ketika lainnya, muncul peranan imam yang alim dan taat, dihangatkan pula dengan watak pembangkang, pemerintah yang zalim dan menindas rakyat. Lebih meriah setelah itu, penampilan watak penyelamat yang dijulang sebagai wira yang hebat dan lain-lain lagi. Ringkasnya, watak-watak yang diketengahkan banyak menyerupai kehidupan realiti.

Namun, apa yang ditampilkan diatas pentas teater itu hanya pura-pura, bukan satu kebenaran. Kalau ada yang kaya, dia bukan kaya sebenarnya, pun kalau ada yang miskin, kemiskinannya juga satu kepalsuan.

Justeru, bayangkan bagaimana andai kehidupan ini disamakan dengan watak para pelakon di pentas teater. Sudah pasti, kita akan mendapati orang yang taat kepada ALLAH, tapi taatnya hanya satu penyamaran. Taatnya hanya bila ada keperluan, taatnya hanya disaat ditimpa kemalangan, taatnya hanya kerana inginkan sanjungan.

Alangkah meruginya orang yang berpura-pura taat ini kerana ALLAH SWT hanya akan menerima ketaatan yang didasari keikhlasan dan ketulusan.

Tidak kurang juga, sebahagian yang lain mengatasnamakan kehidupan ini seumpama sebuah perjuangan, yang lazimnya diisi dengan sesuatu bersifat 'peperangan dan pertempuran’, sehingga mereka yang memaknai hidupnya sebegini, sering terasak dengan pengisian makna yang mereka letakkan sendiri.

Kehidupannya selalu diwarnai dengan ketidaktenangan, mereka seakan selalu merasa berhadapan dengan persaingan. Akibatnya, tidak kurang individu yang hidupnya jauh dari kedamaian, jauh dari ketenangan, juga jauh dari rasa persahabatan.


MEMAKNAI KEHIDUPAN
Memang benar, setiap orang berhak memiliki pandangan yang berbeza tentang bagaimana mereka mahu memaknakan kehidupan ini, namun andai direnung secara mendalam apalah yang ada pada sebuah panggung teater, yang wataknya hanya satu penyamaran. Apalah pula yang dapat dibanggakan pada sebuah perjuangan, andai ia sekadar pertempuran tanpa berpandu ajaran TUHAN.

Kerana itu, sudut pandang yang benar tentang kehidupan dan menepati kehendak ar Rahman adalah, kehidupan ini tidak lain hanyalah satu pengabdian kepada-NYA lantaran seorang ‘hamba’ sangat menyedari kedudukannya di sisi ‘TUAN’nya yang dipandang terhormat lagi mulia.

Firman ALLAH SWT :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Maksudnya : “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” ( Surah az Zaariyat ayat 56 )

Keadaan inilah yang memudahkannya untuk menerima sebarang pertanggungjawaban baik ia berupa perintah yang wajib dilaksanakan, mahupun larangan yang mesti dijauhkan.

Dia tidak terbeban ketika ALLAH SWT mewajibkan ke atas hamba-hambaNYA untuk melaksankan syari’at, bahkan ketika ALLAH menyuruhnya untuk mengorbankan harta, menahan lapar dan dahaga dan seumpamanya, maka ia dengan rela dan ikhlas melakukan itu semua tanpa keluh kesah dan rasa terdera.

Begitu juga, ketika mana ALLAH SWT memerintahkan agar menjauhkan diri dari larangan-NYA, sungguhpun perkara tersebut sangat diinginkan oleh nafsunya yang membara, ia berusaha untuk menjauhkan diri bahkan menghampirinya juga tidak sesekali.


‘UJIAN’ CINTA
Justeru itu, ALLAH SWT mewar-warkan di dalam firman-NYA:

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya :"Katakanlah: ""Jika kamu (benar-benar) mencintai ALLAH, ikutilah aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Dan ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." ( Surah ali Imran ayat 31 )

Di dalam hal ini, Imam Hassan al Basri rahimahullah pernah mengungkapkan :

“Suatu kaum mengaku cinta kepada ALLAH, lalu ALLAH menguji mereka dengan ayat ini.”
(Tafsir Ibnu Kathir 2/229 )

Hakikatnya, ‘ujian cinta’ yang ALLAH letakkan pada ayat di atas sangat tepat sebagai penentu dan kayu ukur kepada kebenaran dakwaan yang dinyatakan. Berapa ramai dari manusia hari ini yang mengaku beriman dan menuturkan cinta kepada TUHAN, tetapi masih tega melanggar perintah dan larangan-NYA.

Ditambah pula kesibukan mengejar pangkat dan harta sehingga doa dan munajat kepada Yang Esa semakin sirna. Kebohongan demi kebohongan dilakukan demi meraih tumpuan dan sokongan manusia. Tidak kurang juga mereka yang berbuat kerosakan atas nama agama, memutuskan silaturrahmi, bersifat perkauman dan lebih malang, ada yang mendahulukan kehendak nafsu sendiri dari mengutamakan kehendak ILAHI.

Inikah yang digembar gemburkan sebagai menyintai-NYA?


BERBALASKAH CINTAKU?
Lantaran itu, saban kali mengungkapkan cinta pada Yang Maha Esa, rasa malu akan muncul lebih dulu. Disusuli rasa rindu berbelai tangisan hiba.

Berbalaskah cintaku?

Terkenang beberapa untaian ayat-ayat cinta-NYA, juga ingatan daripada junjungan Rasul yang mulia, sebagai panduan dan pedoman bagi menjawab persoalan yang menerpa.

Firman ALLAH SWT :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ يَخَافُونَ لَوْمَةَ لآئِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاء وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yang ALLAH mencintai mereka dan mereka pun mencintai-NYA, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan ALLAH, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia ALLAH, diberikan-NYA kepada siapa yang dikehendaki-NYA, dan ALLAH Maha Luas (pemberian-NYA) lagi Maha Mengetahui.” ( Surah al Maidah ayat 54 )

Dan firman-NYA lagi :

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُواْ لِي وَلاَ تَكْفُرُونِ

Maksudnya : “Kerana itu, ingatlah kamu kepada-KU nescaya AKU ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-KU, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-KU.” ( Surah al Baqarah ayat 151 )

Juga sabda baginda SAW yang bermaksud :

“Sesiapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi ALLAH hendaklah dia mengamati kedudukan ALLAH dalam dirinya. Sesungguhnya ALLAH menempatkan hamba-NYA dalam kedudukan sebagaimana dia menempatkan ALLAH pada dirinya“. ( Hadis riwayat al Hakim )

Akhirnya, mari kita sama-sama berdoa agar lafaz cinta yang dizikirkan, bukan sekadar manis di bibir sahaja. Bahkan, cinta itu kita buktikan melalui perakuan, perkataan dan perbuatan yang mendekat kita kepada DIA yang kita cinta :

“Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon kepada-MU; perbuatan yang memiliki banyak kebaikan, dan meninggalkan berbagai macam kemungkaran, mencintai orang-orang miskin dan ENGKAU mengampuni serta menyayangiku. Dan jika ENGKAU menimpakan fitnah (malapetaka) bagi suatu kaum, maka wafatkanlah aku dalam keadaan tidak terimbas fitnah itu. Dan aku memohon kepada-MU rasa kecintaan pada-MU, dan cinta pada orang-orang yang mencintai-MU, juga cinta pada amal perbuatan yang akan menghantarkan aku untuk mencintai-MU.” ( Hadis riwayat Ahmad )

Sesungguhnya, tiada yang lebih indah selain beroleh pengiktirafan cinta dari-NYA :

“Jika Allah mencintai seorang hamba maka DIA berfirman: “Wahai Jibril sesungguhnya aku mencintai si fulan maka cintailah dia.” (Riwayat Imam Ahmad)

Cetusan:
http://ummuhusna99.blogspot.com


Sunday, July 31

Ramadhan Kali Ini

Salam kepada semua...Salam Di Ambang Ramadhan juga..Insya Allah klu nampak anak bulan mlm ni @ ikt kiraan rukyah,seluruh Malaysia akan berpuasa esok. Bagaimana dengan persediaan kita untuk menghadapi Ramadhan tahun ini? Maksud saya adalah dari segi rohani dan spiritual diri kita..Adakah latih tubi semasa dua bulan sebelumnya ya'ni Rejab dan Syaaban telah kita buat dengan sepenuh hati? Sama-samalah kita muhasabah diri sendiri...

Sebelum masuk tajuk Ramadhan, saya ingin berkongsi sedikit coretan yang saya petik dari Majalah Solusi Edisi Khas Ramadhan & Syawal (ANDAINYA INI RAMADAN TERAKHIR LAYAKKAH KITA BERHARI RAYA?)Ini sambunagn post saya sebelum ini, Dunia Di Genggaman?
"Dunia ialah kepala segala kejahatan. Imam Al-Ghazali telah mengingatkan bahawa seseorang tidak akan dapa menjadi hamba Allah dengan sebenarnya jika masih mencintai dunia. Dalam Al-Qur'an,Allah mengingatkan yang bermaksud, "Dan tidak (dinamakan)kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan." (AL-An'am 6: 32)
Lebih mudah untuk tidak mencintai dunia semasa ia tiada dalam genggaman, berbanding apabila dunia sudah berada dalam genggaman. Umar Al-Khattab menangis ketika dibawa ke hadapannya mahkota Maharaja Parsi, lantas berkata: " Sesungguhnya aku takut perkara-perkara ini (harta) yang akan menjauhkan kita dengan Allah"...

Masuk kepada tajuk asal,Ramadhan. Kini, Ramadhan menjelang lagi...Bagaimanakah untuk kita menghadapi Ramadhan yang sama dengan natijah yang berbeza? Sudahkah kita persiapkan jadual ibadah untuk diri kita ikuti sepanjang Ramadhan kali ini? Inilah cara untuk kita buat perubahan ke atas diri kita, untuk meningkatkan output Ramadhan kita berbanding tahun-tahun lepas. Fikirkan cara untuk diri kita untuk mendapatkan 'puasa khusus', bukan puasa 'orang awam'..

Ada 3 kategori puasa yang dimiliki oleh manusia. Pertama, PUASA ORANG AWAM iaitu orang yang berpuasa semata-mata dapat menahan lapar, dahaga dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Ya, ini puasa yang biasa, yang semua orang lakukan dan output yang sama dengan semua orang, tiada yang istimewa dan tiada natijah taqwa... Kita beralih kepada kategori kedua, PUASA KHUSUS ya'ni puasa yang beroleh ganjaran pahala dan keampunan dari Allah serta beroleh buah taqwa, insya Allah... Kategori ini kita boleh jadikan sebagai target...Ya, kategori ini lebih baik dan jauh berbeza dari kategori pertama...Ok, seterusnya kategori ketiga iaitu PUASA KHUSUSUL KHUSUS iaitu puasa seseorang yang membawa kepada cinta kepada Yang Maha Agung dan mendapat cinta agung dari-Nya.. Masya Allah, ini adalah peringkat yang tertinggi yang berjaya dimiliki oleh hamba-hamba-Nya yang soleh dan tidak mengharapkan balasan dan ganjaran pahala atas amalannya, malah meginginkan cinta Allah yang Maha Agung...Kita pilihlah kategori mana yang kita inginkan..Pilihan di tangan kita dan usaha yang sepatutnya perlu dituruti setelah memasang niat dan tekad di hati...

Ingatlah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yag menceritakan tentang perbuatan Rasulullah SAW yang sedang menaiki mimbar, lalu baginda menyebut "amin" sebanyak tiga kali. Selesai menyampaikan khutbah, para sahabat bertanya kenapa baginda menyebut "amin" sebanyak tiga kali...Kemudian baginda menjawab bahawa Jibrail datang ketika itu dan berdoa. Sangat kecewa dan rugilah bagi tiga golongan ini:
1) Orang yang apabila disebut nama Muhammad, tidak dibaca selawat ke atasnya.
2) Orang yang sempat hidup bersama orag tuanya, tetapi tidak dapat masuk syurga (bererti tidak berbakti kepada orang tuanya ketika mereka masih hidup)
3) Orang yang sempat hidup dalam bulan Ramadhan, tetapi tidak terampun dosa-dosanya...

Fikir dengan akal, diikuti beramal dengan anggota...
~"Sampaikan dariku walau sepotong ayat"~
Wallahu'alam

Monday, July 18

Dunia Di Genggaman?

Sudah lama x menulis dan meng'update' blog ni..xtaw ape nak jd dgn diriku ni, bz? bz ke? bz dlm cuti? klu dlm sem,kononnya bz dgn study n keja2, tp ni dlm cti pn bz jgk? Inilah yang dikatakan "ms luang sebelum dtg ms sempit" tp terasa sempit jgk...sempit dengan urusan dunia. Urusan dunia? Astaqfirullah...Entah la, dalam cti ni byk ujian2 yg mendatang dan diri ni trasa sangat lemah dan iman turun naik..Naik ke? ke asyik menurun je? Na'uzubillah...Berat rasanya cabaran yang datang dan dugaan menerjah d hadapan diri ini sehari-hari, cabaran hidup di dunia akhir zaman. Ya Allah kurniakanlah kekuatan dalam diri ini dan pertambahan iman dan amal.



Jangan kita lebih mementingkan urusan dunia melebihi urusan akhirat dan masa kita bersama Pencipta. Ada seorang sahabat saya pernah berpesan, "Jangan kita hanya memberikan sisa2 masa kita kepada Allah". Maksudnya, hanya sediki masa yang kita peruntukkan utk ibadat dalam 24 jam yang Allah berikan dan ianya dilakukan hanya lebihan masa dri urusan dunia...Solat pun ditunaikan di akhir waktu sebab sibuk dan tak sempat nak solat di awal waktu, contohnya..

Teringat satu cerita yg disampaikan oleh TGNA semasa kuliah Jumaat lepas. Beliau bercerita mengenai seorang sahabat Nabi Muhammad SAW, Sa'id bin Amir Al-Jumahi. Sa'id ialah seorang yang membeli akhirat dengan dunia. Beliau dilantik menjadi gabenor di Hames (Syria skrg) oleh Saidina Umar AL-Khattab semasa pemeritahannya. Sa'id sangat2 risau jika urusan dunia membelenggu diri dan keluarganya. Sehinggakan, keluarganya tersenarai dalam keluarga termiskin di Hames walaupun dia seorang gabenor di situ. Umar tidak percaya hingga Umar menangis sampai air mata membasahi janggutnya.
Kemudian, Umar ingin memberikan bantuan kepada rakyat miskin di situ dan menyuruh seorang wakil memberi kepada Said seribu dinar. Bila wakil Umar menemuinya dan memberi kepada Sa'id bungkusan dinar itu, dia mengucap Innalillah! Berkata Said, "Telah masuk dunia ke dalam rumahku".. Selepas itu, dia menyedekahkan semua dinar itu kepada penduduk miskin yang lain tanpa ada baki untuk keluarganya. Ya Allah, sampai begitu sekali iman Sa'id dan bimbang duit itu akan melalaikannya dengan dunia menghancurkan akhiratnya.

Bagaimana dengan diri kita? Adakah dunia mengawal kita atau kita mengawal dunia untuk mendapatkan akhirat? Muhasabah diri kita dan dekatkan diri dengan Allah, telah jauh kita hanyut dengan dunia dan tenggelam dalam dunia ini...Janganlah kita menjadi hamba kepada dunia sehingga lupa masa kita kepada Tuhan kita.
Panjang lagi cerita Sa'id yang menarik, jika anda berminat blh la tgk dkat link ni: http://www.ustream.tv/recorded/16000863
Blh kita renung diri kita balik sejauh mana diri kita kalau nak dibandingkan dengan hamba2Nya yang soleh yang lain. Hebatnya cerita dan kisah sahabat2 Nabi Muhammad SAW, yang boleh kita jadikan iktibar dan contoh.

Akhir sekali, mari kita meyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Dr. Lo'Lo' Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa yang meninggal dunia semalam. Ya Allah, tempatkan rohnya di kalangan hambaMu yang mulia dan soleh kerena dia pernah berjuang untuk agamamu semasa hidupnya...AL-FATIHAH

Saturday, June 18

7 Kalimah

Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia
terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-
dosanya walau sebanyak buih laut"

7 Kalimah ALLAH:
1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.


Mari kita sm2 cuba amalkan dengan istiqamah...
"Allah menyukai amalan yg sedikit tetapi berterusan"
Mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ..
Mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu...
Mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

Saturday, May 14

Ralat*

Untuk yang post sebelum ni (Hati yang Dalam), sy amik artikel 2 dr seseorang, tapi lupa kat mane..So sy x letak referred link...maaf ye pemilik artikel 2, n mtak halal ye sy post kat blog saya nih...hehe TQ
P/s: sebenarnya dh letak ayat mcm ni kat bwh artikel 2, tp x taw knape x kuar huhu terpaksa wat post baru...

Hati yang Dalam

Pujuk dirimu bahagia apabila melihat musuh-musuhmu bahagia.Walaupun pernah disakiti sekali,kau akan disakiti berkali-kali jika terus mengenang perbuatan mereka.Wahai Diri ,ingatlah…segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua.

“jika datang orang ‘menghadiahkan’ air mata…
Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar.
Jangan dilihat manusia yang menjadi ‘sebab’,
Lihat dengan mata hati yang Allah jua menjadi ‘musabbabil asbab’.
Jika kau disakiti oleh dia,
DIA sedang mengajarmu erti redha”

Kita bukan malaikat untuk terus pasrah tanpa terusik oleh calar dan cakar insane.Namun,ada ketika-ketika yang sangat kritikal untuk kita bertahan dan katakan…TIDAK ADA KEADILAN YANG MUTLAK DI DUNIA INI.Mungkin sahaja penjahat yang pandai bermuka-muka akan terus dijulang sebagai wira.Dan hamba sejati yang mempunyai ‘hati emas’,akan terus dihenyak sebagai sandera(tawanan) di penjara hiba dan cela.

Terimalah hakikat kita bukan TUHAN yang mencatur rezeki dan nikmat untuk hamba-hambaNYA.Jangan kau ditanyakan mengapa dia yang dilebihkan,aku dikurangkan?Mengapa dia yang licik dengan gelecek segala strategic dimenangkan sedang aku yang bersenjatakan kebenaran dan kesederhaan selalu dikalahkan?
Di sini tidak lama.Di sana jua tempat berehat segala penat.KEYAKINAN TERHADAP HARI AKHIRAT AKAN MENYEBABKAN KITA KUAT MENGHADAPI TIPUAN DUNIA.KEIMANAN KEPADA TUHAN AKAN MENIMBULKAN RASA SABAR MENGHADAPI KARENAH INSAN.

Belajarlah daripada Nabi Yahya a.s dan Nabi Zakaria a.s yang digergaji mati tanpa melihat bunga-bunga kemenangan.Belajarlah daripada Sumaiyyah dan Yassir yang terbunuh tanpa sempat melihat daulah Islamiyah dan empayar Islam berkembang.MEREKA TIDAK DAPAT KEMENANGAN…TAPI MEREKA MENDAPAT KETENANGAN!
Wahai diri,mereka(salafussoleh itu) menjadi ‘besar’ kerana menghadapi ujian yang besar.Mereka ‘mempertaruhkan’ nyawa.Padahal aku,kamu dan kita terlalu kecil justeru yang dipertaruhkan Cuma ‘harga diri’.Terasa diri ditipu,dipersenda,dan diperkotak-katikkan serta tidak dihargai.

Sedarilah yang tercabar bukan harga dirimu tetapi keegoanmu! Harga diri itu milik kita selamanya. Tidak akan luput dan dapat dicabut oleh orang lain.JANGAN BIMBANG JIKA TIDAK DIHARGAI,TETAPI BIMBANG JIKA BENAR-BENAR KITA TIDAK BERHARGA. Di mata siapa?Di mata diri sendiri. Namun,ego itulah yang selalu menuntut pengiktirafan dan sanjungan.

Mulakan langkah mencari bahagia dengan memberi maaf. Namun,terlalu sukar rasanya untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada minta maaf. Masih terngiang-ngiang segala kata nista.Masih terbayang segala tingkah dan perlakuan, Wajah orang yang bersalah itu terasa menjengkilkan. Dan cukup sakit,bila mengenangkan musuh-musuh itu tersenyum dengan kemenangan. Namun itu hanya bisikan ‘hati bersarku’ yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri…ada suara lain yang bergetar. ’Hati kecil’ yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa. Maafkan…lupakan,cintakan,sayangkan. Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri.

Pada sebuah persimpangan rasa,tiba-tiba hati disapa oleh firman :
"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumNya) perbuatan Yang baik dan perbuatan Yang jahat. Tolaklah (kejahatan Yang ditujukan kepadamu) Dengan cara Yang lebih baik; apabila Engkau berlaku demikian maka orang Yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, Dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib." (Fussilat:34)



Musim-musim berlalu sewajarnya mendewasakanku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila ‘fatamorgana’ itu berlalu, aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan kuterjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak! Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitulah maksud sebuah sabda.Justeru? Cukup sekali!

Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku lepaskan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek pendek itu. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain,sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,beerti memaafkan diri sendiri.

“Apa yang kita berikan akan kita terima kembali”[HUKAMA’]

Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksankan,akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah,indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan,kepahitan dan keresahan. Lalu dalam detik yang syahdu ini menyeru. Marilah sama-sama kita lalui…jambatan hati!

Sunday, May 8

‘Warna’ Disebalik Waktu Solat

Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Asar
Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Sumber: www.zahazan.net

Saturday, April 30

Berkata Hassan Al-Basri...

Sesungguhnya kejahatan hati pada 6 perkara:
1) Melakukan dosa dengan harapan untuk bertaubat kemudiannya
2) Berilmu tetapi tidak mengamalkanya
3) Makan rezeki Allah tetapi tidak bersyukur
4) Tidak berlapang dada dengan ketentuan Allah
5) Tidak ikhlas beramal
6) Mengebumi jenazah orang mati tetapi tidak mengambil iktibar daripadanya

~Sama-sama kita muhasabah diri...
Adakah kita mempunyai 'PENYAKIT HATI' tanpa kita sedari???

Saturday, April 23

Wahai Hawa

Hawa,
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan
beban suamimu,
Andai engkau masih ibu,
didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar
memperjuangkan agama Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau
jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang
bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh
ke hati, maka lahirnya senyuman maka
tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan
pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang
menguasai diri.

Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki
yang soleh tidak memilih wanita melalui
keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai
wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta
kemampuannya mengoncang iman lelaki...
Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui
akhlaknya, peribadinya dan yang penting
pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan
pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya
kerana dia takut memberi kesempatan kepada
syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak
juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa
matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan
wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai
ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan
menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta
daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat
kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta
adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan
dirimu, dan hargailah kasih dan sayang mereka kepada dirimu.

Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana
kau akan memperolehi cinta daripada insan yang
juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu
kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa
cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang
dunia juga yang mengoncang iman lelaki~

Friday, April 1

FINAL SEM II YEAR 3





ALL THE BEST 2 U!^^
DO UR BEST AND HE WILL DO THE REST!~

Thursday, March 24

Sebuah Cerita

Mari kita renungkan dan ambil iktibar dari sebuah cerita....

Seorang Ustaz sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Ustaz itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Ustaz berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian Ustaz kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Ustaz itu tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang batil itu batil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi batil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika kita.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, perhubungan sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain. Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, kita sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Ustaz kepada murid-muridnya. "Paham Ustaz..."

"Baik permainan kedua..." begitu Ustaz melanjutkan.

"Ustaz ada Qur'an, Ustaz akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berpikir . Adayang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain.

Akhirnya Uustaz memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid- murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. ..Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin merobohkan rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. .."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita Muslim, tapi tanpa kita sedar kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan. Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak Ustaz?" tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi. Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di minda..."

-Cerita Tamat-

Alhamdulillah td bekesempatan keluar bersarapan bersama sahabat2, Syahida dan Jawahir...Sangat bermakna rasanya bertemuan kami td, Alhamdullah pd ms yg sama kami byk berbncng dan berkongsi rasa...berkngsi rasa pasal hidup, perihal kehidupan dan jgk ujian2 yg kami hadapi...Masya Allah bila kami bersuara n berbincang pasal byk pkara ni, baru tau rupa2nya kami menghadapi keadaan dan berkongsi rasa yg sama...Ya Allah kuatkanlah hati2 kami dlm menghadapi dan menempuhi dugaan daripadaMu dan juga cubaan umat di akhir zaman...Bukan sedikit dan bukan ringan ujian2nya...Bantulah dan kurniakan kpd kami kekuatan dan jgk keberkatan Ya Allah...

Kaitan dengan cerita di atas sgt signficant. Betullah dan benarlah sabda Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW,

Daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw), beliau berkata:
"(Pada suatu hari) Rasulullah saw masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung ibu jari dan hujung jari sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya :"Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Lalu Nabi saw bersabda :"Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Daripada Tsauban ra berkata : Rasulullah saw bersabda : "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?". Nabi menjawab : "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Sahabat2 ku,
Tegurlah aku jika aku tersilap,
Sedarkanlah aku jika aku terlena,
Pimpinlah aku jika aku terleka,
Kuatkanlah aku tika aku lemah,
Kembalikanlah aku jika aku hanyut dengan dunia....

Ya Rabbi,
Ampunilah aku andai aku terleka dengan dunia,
Ampunilah aku andai aku tidak berdaya menegakkan yang haq,
Ampunilah aku andai aku tidak mampu melaksanakan kewajipanku,
Sesungguhnya aku hamba yang lemah,
Dengan itu, kuatkanlah aku Ya Allah dan kurniakan daku petunjukMu,
Amin...

Sunday, March 20

Jadual HidupT.T

Isnin (20/3/2011)
-Kuiz AICA- 8.30 am
-*Kelas*
-Presentation CP- 2.00 pm

Selasa (21/3/2011)
-*Kelas*
-Kuiz CP- 11.30
-*Kelas*

Rabu (22/3/2011)
-*Kelas*
-Kuiz CNS- 11.30 am

Khamis (23/3/2011)
-Kuiz Herbal Med- 9.00 am

Jumaat (24/3/2011)
-Hantar report Herbal Med
-Hantar asimen Herbal Med

Sabtu (25/3/2011)
??Persoalan: Adakah daku akan collapse???

Next: 31/3 - 16/4/2011: FINAL EXAM!!!!

Mari kita renungkan nasihat seorang kiai kepada anak-anak didiknya:
"Menuntut ilmu kerna Allah semata, beruntunglah kalian sebagai penuntut ilmu kerana Tuhan memudahkan jalan kalian ke syurga... Malaikat membentangkan sayap buat kalian. Bahkan penghuni langit dan bumi... sampai ikan di lautan meminta ampun bagi orang yang berilmu... Teguklah ilmu dengan membuka fikiran dan mata hati..."
Credit to:ms wuzouskey

~Mari kita sm2 fikirkan~
~~Belajar bkan utk exam~~
~~~Jgn jd PACMAN!!!huhuh~~~

Tuesday, February 22

Langkahku

Friday, February 18

CINTA DALAM DIAM

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

Karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

Karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali ?yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

Karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

Dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,biarkan ia tetap diam ...

Jika dia memang bukan milikmu, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

Biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

Dari blog ini : jalan mujahadah menuju cinta Illahi

~Mungkin kerna hati wanita begini...maka duhai wanita dan lelaki, "mencintai dalam diam itu adalah lebih baik dan menenangkan..."=)

Monday, January 31

Jemaah~

Bersedialah berIntima' (Ikat diri) dengan Jamaah Islam kerana Islam kian hari kian bertambah sukar. Tanpa jamaah kita tidak boleh berbuat sesuatu kerja dakwah dengan sempurna dan teratur. Bersedialah untuk ditarbiyah. Untuk didik aqidah, hati, ibadah dan berkerja secara team work atau beramal jamaai berusahalah untuk tarbiyah dzatiyah (didik diri) tanpa bergantung pada arahan mas'ul atau naqib serta jamaah...

Petikan: Cinta Dakwah Menuju Baitul Dakwah
I LUV ISLAM.com

Thursday, January 20

Ku Damba Ilmu dalam RedhaNya~JOM!



SEMPENA:

Monday, January 17

Lelaki Idaman?

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat durjana

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambahan penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya

~Dipetik dari sebuah artikel~
ًWujudkah lelaki sesempurna ini di zaman sekarang?
Ya, tiada insan yang sempurna...
Diriku juga, lagilah tidak sempurna, banyak dan sangat banyak kurangnya.
Walau apapun, latihlah dirimu untuk menjadi muslimah solehah,
agar kau akan dikurniakan seorang muslim yang soleh dan musleh kelak,
yang akan menjadi teman sejatimu, di dunia dan akhirat....

Moga Allah kurniakan kepada kami,
yang TERBAIK buat kami, bagi diri, keluarga, agama, dunia dan akhirat kami...AMIN

Monday, January 3

HASANAH

Cara mudah mendapat hasanah:
1.Berikan al-Quran pada seseorang,dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.
2.Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda akan dapat hasanah.
3.Berkongsi bahan bacaan dan ilmu yang bermanfaat dengan seseorang.
4.Bantu mendidik seorang anak.
5.Ajarkan seseorang sebuah doa. Pada setiap bacaan doa itu, anda dapat hasanah. 6.Berkongsi CD Quran atau Doa
7.Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.
8.Tempatkan pendingin air di tempat umum.
9.Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.
10.Hantarkan pesanan ini kepada orang lain.
Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas dan perkara2 baik yang lain, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.InsyaAllah..SELAMAT BERAMAL DENGAN ILMU...

"Apabila mati anak Adam, terputuslah segala amalannya KECUALI tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, serta doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya" (Hadith Riwayat Bukhari,Tirmidzi & an-Nasai')