BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Saturday, January 16

Hiduplah dengan Penuh ERTI

Sedarlah wahai diri,
Sesungguhnya kita hadir dan hidup di dunia ini bukan kehendak kita. Kita hadir dan hidup di dunia ini kerana kehendak Allah. Pasti ada rencana besar Allah menghadirkan kita sebagai manusia di bumi ini. Jika tidak, bisa saja Allah menciptakan kita hanya sebagai sebutir batu di jalanan yang disepak2 org, atau sehelai rumput di hutan yang dimamah binatang, atau seekor burung di atas dahan yang mati di hujung senapang. Saudaraku, hargailah Allah yang mencintaimu dan telah mentakdirkanmu menjadi manusia.
(Petikan daripada buku My Dad, My Pious Dad)


Pernahkah kita BERFIKIR dan MERENUNG dengan RENUNGAN yang PALING DALAM

Apakah sebenarnya yang KITA CARI DALAM HIDUP INI?

Apakah pula yang perlu kita cari dalam hidup ini agar hidup kita berbaloi dan penuh erti?

Pernahkah kita terfikir..
Dari mana kita datang?
Untuk apa sebenarnya kita dijadikan?
Ke mana kita pasti kembali?


Hidup ini hanya sekali, dan ia akan beerti HANYA JIKA kita berjaya melaksanakan tuntutan penciptaan kita.

Kita diciptakan untuk menjadi HAMBA ALLAH dan KHALIFAHNYA.
Lalu kita bertanggungjawab untuk MENGABDI DIRI dalam seluruh hidup ini HANYA untukNYA
Dan kita bertanggungjawab untuk MENGURUS DUNIA ini mengikut hukumNYA,
sehingga seluruh dunia tunduk dan patuh padaNYA

Inilah tujuan utama hidup kita
Dan HANYA INILAH yang perlu KITA usahakan di sepanjang hidup yang singkat ini
Inilah amanah yang di anugerahkan
BUKAN KERANA HOBI
-hobi hanya dilakukan pada masa lapang-

BUKAN JUGA KERANA TRADISI

INILAH TUJUAN SEBENAR KEHIDUPAN YANG PENUH ERTI!

Saudaraku, menjadi manusia yang benar-benar memahami dan melaksanakan tujuan penciptaannya, bukanlah suatu pilihan. Tetapi satu keperluan.. Rasalah bertanggungjawab untuk hidup penuh erti, kerana hidup ini hanya sekali. Bukankah setiap manusia pasti kembali kepada Tuhannya? Lalu apalagi yang kita harapkan selain kembali dalam redhaNya..

“wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha lgi diredhai. Masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaku, dan masuklah ke dalam syurgaku” (89: 27-30)

~Saya hanya memanjangkan pesanan~

Monday, January 4

'Menyentuh' Hati

Untuk post kali ni saya ingin kongsikan satu sirah Nabi Junjungan SAW yang sangat menyentuh hatti saya dan membuat saya terfikir bahawa memang sangat sempurna ajaran Islam yang disampaikan oleh kekasih Allah. Sampaikan cara-cara yang tepat dan psikologi dalam berdakwah juga telah diajar oleh Nabi kita. Peristiwa sirah ini berlaku sejurus selepas penghijrahan Nabi Muhammad ke Thaif untuk berdakwah kepada suku Tsaqif.

Rasulullah ke Thaif untuk mencari perlindungan setelah berlaku pemulauan kepada kaum Muslimin oleh pihak Quraisy (Shiab Abi Thalib). Tetapi dengan tidak disangka-sangka penduduk Thaif menyambut baginda dengan sangat teruk sehingga baginda dilempar batu. Habis berdarah seluruh badan Nabi sehinggakan malaikat Jibril sangat marah kepada penduduk Thaif dan meminta kebenaran Nabi untuk menimpakan Bukit Thaif ke atas penduduknya. Namun, Nabi tidak membenarkan dan bersabda, “Biarlah, sesungguhnya mereka golongan yang tidak tahu…” Sungguh lembut hati Nabi kita dan hikmahnya, setelah itu semua penduduk Thaif memeluk Islam dan berkembang sebagai satu keturunan umat yang beriman kepada Allah. SUBHANALLAH!

Dalam perjalanan Nabi untuk pulang semula ke Makkah, baginda melalui dan menyusuri sebuah kebun anggur. Kebun itu dimiliki oleh dua saudara iaitu Utbah bin Rabi’ah dan Syaibah bin Rabiah yang merupakan suku Tsaqif juga. Pada saat Nabi melalui kebun mereka, kedua-duanya berada di kebun tersebut. Rasulullah kemudiannya duduk menumpang teduh di bawah sebatang pohon kurma berdekatan. Hati kedua-dua saudara Rabiah itu tergerak untuk membantu Nabi, lalu mereka menyuruh pembantu mereka yang bernama Adas untuk membawakan setangkai anggur kepada Nabi.

Lalu Adas menuruti arahan tersebut dan mendekati Rasulullah dan mempersilakan Rasulullah makan. Rasulullah menerima anggur tesebut lalu memetiknya. Rasulullah membaca ‘Bismillahirrahmanirrahim’ dan memakan anggur tersebut. Mendengar bacaan tersebut, Adas terperanjat dan memandang Rasulullah dengan hairan lalu berkata, “Demi Allah, ucapan ini bukanlah ucapan pendududk negeri ini. Rasulullah bertanya, “Wahai Adas, kamu berasal dari mana dan apa agamamu?” Adas menjawab, “Saya beragama Nasrani dari negeri Ninawai.” Rasulullah bertanya lagi, “Apakah dari negeri Yunus bin Matta, hamba Allah yang soleh itu?” Adas berkata, “Apa yang anda ketahui tentang Yunus bin Matta?” Rasulullah menjawab, “Dia adalah saudaraku. Dia adalah Nabi dan saya juga seorang Nabi.” Mendengar jawapan Rasulullah itu, Adas terus memeluk Nabi, mencium kepala, kedua tangan dan kedua kaki baginda.

Liahatlah dari peristiwa ini cara Rasulullah memikat hati Adas, lalu membimbingnya perlahan-lahan hingga membuat Adas terpikat dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi. Tatkala Adas mempelawa baginda makan dan Baginda mengambil anggur itu dan membaca Basmalah sebelum memakannya. Inilah langkah pertama Nabi Muhammad yang menarik hati Adas untuk lebih mengenali baginda. Di sinilah pentingnya dengan beramal dengan ajaran Islam dan menonjolkan karakter sebagai seorang Islam. Ajaran Islam bukan sahaja setakat tahu teorinya tetapi malah yang lebih penting ialah praktikalnya melalui perbuatan.



Langkah kedua ialah tatkala Adas memandang baginda dan berkata, “Ucapan ini bukanlah ucapan penduduk negeri ini.” Rasulullah lalu bertanya asal-usul Adas. Baginda memulakan pertanyaan dengan menyebut nama Adas. Panggilan dengan menyebut nama seseorang mempunyai erti yang sangat besar untuk mengakrabkan sebuah persahabatan dan memanjangkan perkenalan. Pertanyaan asal-usul seseorang merupakan urutan bicara perkenalan yang penting.

Setelah Adas memberitahu asal-usulnya, Rasulullah memuji tempat asal Adas dengan mengutarakan seorang tokoh besar di tempat tersebut dengan gelaran yang sangat disenangi Adas. Inilah yang menjadikan hati Adas lagi tertarik. Adas juga merasa terharu kerana baginda mengenali tempat asalnya. Apabila Adas bertanyakan perihal Yunus kepada Nabi SAW baginda lantas dengan sentuhan lembut mengaitkan diri baginda dengan Nabi Yunus sebagai saudara dan dengan tawaduknya menyebut nama Nabi Yunus dahulu sebelum menyebut nama Baginda sendiri. Rasulullah meyebut Yunus as sebagai saudara baginda membuat Adas lebih mempercayai Nabi Muhammad. Seringkali kita ketika membicarakan tentang kelebihan dengan mengatakan, “Dia sekolah sama dengan saya”. Padahal yang lebih baik adalah’ “Saya dulu sekolah sama dengan dia.” Inilah cara menarik hati insan-insan lain untuk lebih dekat dengan kita dan merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama saudara seIslam.

-Bagaimana Menyentuh Hati, Abbas as-Siisiy-