BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Saturday, January 16

Hiduplah dengan Penuh ERTI

Sedarlah wahai diri,
Sesungguhnya kita hadir dan hidup di dunia ini bukan kehendak kita. Kita hadir dan hidup di dunia ini kerana kehendak Allah. Pasti ada rencana besar Allah menghadirkan kita sebagai manusia di bumi ini. Jika tidak, bisa saja Allah menciptakan kita hanya sebagai sebutir batu di jalanan yang disepak2 org, atau sehelai rumput di hutan yang dimamah binatang, atau seekor burung di atas dahan yang mati di hujung senapang. Saudaraku, hargailah Allah yang mencintaimu dan telah mentakdirkanmu menjadi manusia.
(Petikan daripada buku My Dad, My Pious Dad)


Pernahkah kita BERFIKIR dan MERENUNG dengan RENUNGAN yang PALING DALAM

Apakah sebenarnya yang KITA CARI DALAM HIDUP INI?

Apakah pula yang perlu kita cari dalam hidup ini agar hidup kita berbaloi dan penuh erti?

Pernahkah kita terfikir..
Dari mana kita datang?
Untuk apa sebenarnya kita dijadikan?
Ke mana kita pasti kembali?


Hidup ini hanya sekali, dan ia akan beerti HANYA JIKA kita berjaya melaksanakan tuntutan penciptaan kita.

Kita diciptakan untuk menjadi HAMBA ALLAH dan KHALIFAHNYA.
Lalu kita bertanggungjawab untuk MENGABDI DIRI dalam seluruh hidup ini HANYA untukNYA
Dan kita bertanggungjawab untuk MENGURUS DUNIA ini mengikut hukumNYA,
sehingga seluruh dunia tunduk dan patuh padaNYA

Inilah tujuan utama hidup kita
Dan HANYA INILAH yang perlu KITA usahakan di sepanjang hidup yang singkat ini
Inilah amanah yang di anugerahkan
BUKAN KERANA HOBI
-hobi hanya dilakukan pada masa lapang-

BUKAN JUGA KERANA TRADISI

INILAH TUJUAN SEBENAR KEHIDUPAN YANG PENUH ERTI!

Saudaraku, menjadi manusia yang benar-benar memahami dan melaksanakan tujuan penciptaannya, bukanlah suatu pilihan. Tetapi satu keperluan.. Rasalah bertanggungjawab untuk hidup penuh erti, kerana hidup ini hanya sekali. Bukankah setiap manusia pasti kembali kepada Tuhannya? Lalu apalagi yang kita harapkan selain kembali dalam redhaNya..

“wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha lgi diredhai. Masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaku, dan masuklah ke dalam syurgaku” (89: 27-30)

~Saya hanya memanjangkan pesanan~

2 comments:

Diyana Amalina said...

pesanan ini mengingatkan kembali kepada yana yang merasakan diri ini telah jauh dari pada yang Esa... terima kasih......

pENcINta IlaHI said...

alhamdulillah...sama2 kita mengigtkan satu sama lain;)