BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Friday, July 31

HUSNUZON

Cara Bersangka Baik

Oleh : Syeikh Abdulkadir Al Jailani

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :

"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku
tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam
hatimu) :

"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

P/S: syukran kpd kakakku, K.IMAH:)

Tuesday, July 7

Meneguk Setitis Ilmu

Kurang seminggu lagi semester baru bakal bermula. Semester baru yang akan datang ini menjanjikan cabaran dan dugaan yang lebih hebat lagi dari semester2 sebelum ini yang pernah kutempuhi. Dengan tahap ilmu yang lebih tinggi, 'workload' yang makin mencabar dan pelbagai lagi mehnah dan tribulasi. Ya Allah berilah kekuatan kepada hambaMu ini dalam menempuh ujian dunia dan lebih kuat dalam perjuangan meneguk setitis dari ilmuMu yang Maha luas. Ya Allah, izinkan aku untuk menerima dan mendalami ilmu yang aku sedang hadapi ini. Engkau jualah yang memberi peluang kepada hambaMu ini untuk berada di dalam bidang ini. Kurniakan kepadaku hikmah dan kebijaksanaan dalam menuntut ilmu Ya Allah…Selain memohon dan bermunajat kepadaMu Ya Rabb aku juga perlu sentiasa menjaga diriku dari melakukan perkara yang mendatangkan kemurkaan dariMu. Ya Allah peliharalah diriku dari membuat sesuatu yang menyebabkan Engkau melemparkan murkaMu ke atasku Ya Karim…Aku mesti menjaga adab2 dalam menuntut ilmu dan yang paling penting adab2 dengan guru.

Adab-adab belajar
1.Sentiasa beristighfar memohon keampunan daripada Allah kerana dosa adalah kegelapan, ilmu adalah cahaya.
2.Berwudhu’, membersihkan diri, persekitaran dan pakaian.
3.Perbetulkan niat, belajar untuk menghilangkan kejahilan, untuk meninggikan syiar agama Allah dan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
4.Membaca Al-Fatihah, selawat dan doa-doa belajar sebelum memulakan pelajaran atau sebelum mengulangkaji.
5.Memberikan sepenuh tumpuan kepada pelajaran. Sebaik-baik waktu untuk mengulangkaji ialah pada waktu 1/3 akhir malam, antara maghrib dan isya’ dan pada waktu pagi.
6.Selalu merujuk kepada guru.
7.Selalu berbincang atau membuat ‘study group’ bersama rakan-rakan.
8.Sentiasa bersifat sukakan ilmu dan rendah diri.
9.Menunjuk ajar apabila meminta.



Ingatlah bahawa ilmu yang engkau tempuhi ini hak milik Allah; hanya Dia yang berhak memberi dan mencabutnya dariku. Ya Allah peliharalah diriku dan ilmu di dadaku yang Engkau kurniakan itu…. Ingatlah pesanan Saidina Ali Karamallahu Wajhah:

Kata Saidina Ali:
Ilmu itu lebih baik dari harta kerana:
Ilmu adalah warisan para Nabi, manakala harta adalah warisan Qarun dan Fir’aun.
Ilmu menjaga dan memelihara tuannya, manakala harta pula, tuannya perlu menjaganya.
Orang yang mempunyai ilmu ramai sahabatnya. Manakala orang yang mempunyai harta ramai musuhnya.
Ilmu itu jika diajarkan ia akan bertambah. Manakala harta pula jika dibelanjakan ia akan berkurangan.
Orang yang berilmu diseru dengan nama kebesaran dan kemuliaan.Manakala orang yang berharta pula diseru dengan kecelekaan dan kebakhilan.
Ilmu tidak perlu dijaga daripada pencuri. Manakala harta perlu dijaga dari kecurian.
Ilmu dapat memberi syafaat kepada tuannya. Orang yang berilmu dapat memberi syafaat kepada orang lain. Manakala orang yang berharta akan dihisab pada haru akhirat.
Ilmu adalah kekal manakala harta akan kehabisan dan tidak akn kekal.
Ilmu dapat menerangkan hati manakala harta pula dapat mengeraskan hati.



Wassalam

Saturday, July 4

Kuliah Jama’

Salam kesejahteraan kepada semua. Untuk post kali ini saya akan menjama’kan 3 kuliah yang telah disampaikan oleh Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Kuliah-kuliah yang dihadiri sebelum ini tidak sempat di’post’kan ke dalam blog ini. Entah kesibukan apakah yang melanda diriku ini…Kali ini ingin saya utarakan persoalan: tempat manakah yang boleh dicari lagi pemimpinnya yang dikategorikan sebagai ulama’ sanggup meluangkan dari masa sibuknya bersama rakyat untuk mencurahkan ilmunya kepada sekalian rakyat? Alhamdulillah, bertuah menjadi rakyat Kelantan mempunyai pemimpin yang sebegitu. Namun, dari pada itu ramai pihak yang cuba melawan dan suka mencari kesalahan pemimpin besar ini. Sungguh pelik..Apa yang mereka nak sebenarnya???Pelik sungguh! Sudah la menolak dasar pemimpin ini berjuang untuk Islam. Sama-sama Islam pulak 2…Begitula manusia ini; bila apa kita lakukan tak sama dengan cara dia mulalah mencari kesalahan dan membesar-besarkan apa yang dianggap bertentangan dengan dirinya tidak kiralah perbuatan dia sendiri yang salah atau sebaliknya.

“Jagalah dirimu dan keluargamu dari api nereka.”
Inilah tugas utama ketua keluarga. Tugas yang pertama-tama disoal oleh Allah kepada yang pernah memegang amanah sebagai seorang suami dan bapa kepada sebuah keluarga. Api neraka adalah api yang teramat sangat panas yang tidak boleh difikirkan akal manusia dan tidak akan dapat dirasai di dunia ini. Panasnya api neraka yang bahan bakarnya adalah dari batu dan manusia sendiri. Pada 19 Jun Tok Guru mrmbincangkan tafsir dari Surah Al-Hujurat ayat 7-8. Manusia kena faham (reti) bahawa Rasulullah SAW diutuskan kepada umat manusia untuk ajarkan suatu ajaran yang selari dengan fitrah manusia itu sendiri. Baginda berguru dan diajarkan oleh Allah sendiri (Tuhan Pencipta seluruh alam dan makhluk) melalui wahyu yang diturunkan oleh Jibril.Maka kita nak ikut siapa lagi selain mengikut ajaran Nabi Junjungan SAW yang tiada walau satu perkataan pun yang tidak benar kecuali benar belaka.

Rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina qurrata a’yun waja’lna lil muttaqina imama “Ya Allah jadikan aku dan zuriat keturunanku golongan yang mendirikan solat dan pemimpin bagi orang yang bertaqwa”
Solat merupakan suruhan terpenting dalam agama syumul ini. Solatlah perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di Hari Perhitungan kelak. Jika urusan solat dah tidak dapat ‘settle’, macam mana pulak dengan urusan-urusan perhitungan amalan lain yang pasti tersekat dek urusan pertama yang sudah tergendala….NA’UZUBILLAH! Namun, hanya Nabi Muhammad SAW yang satu-satunya boleh membantu dan memberi syafaat kepada umatnya. Perlu diingat! Carilah nama yang baik-baik dan nama yang mempunyai makna yang baik-baik untuk anak-anak kerana manusia akan dipanggil dengan namanya di padang Mahsyar kelak. Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepada sesiapapun yang Dia kehendaki. Dan Allah jadikan mereka mukmin yang berkehendak kepada iman dan bencikan maksiat.

Pada 26 Jun bersamaan 3 Rejab, Tok Guru membicarakan perihal Isra’ Mi’raj. Nabi SAW dibawa ‘berjalan’ dari Masjidil Haram ke Masjid Aqso kemudian dinaikkan (mi’raj)ke langit yang sebanyak tujuh lapisan (Al-Isra’:1). Baginda dibawa oleh buroq iaitu makhluk Allah yang dijadikan daripada cahaya dan mempunyai bentuk seperti binatang. Masa peristiwa besar ini menjadi khilaf di kalangan ulama’. Sebelum Nabi SAW dinaikkan ke langit, Jibril terlebih dahulu menjalankan tugas membelah dada Nabi SAW dan menyucikan qalbu iaitu hati baginda. Di sinilah (hati) tempat duduk syaitan dan godaan syaitan adalah pada hati (jantung). Kerana kandungan dalam jantung adalah nafsu. Di sinilah terletak nafsu setiap insan. Dengan penyucian ini, di dalam diri Nabi Muhammad telah dibuang tempat tinggal syaitan di dalam hati baginda. Kemudian, qalbu baginda diisi dengan nur dan hikmah. Kita sebagai manusia biasa semestinya perlu berjihad melawan nafsu yang terletak di dalam hati.

Sebelum naik ke langit, Nabi SAW menunaikan solat dan menjadi imam kepada semua Nabi lain. Kemudian baginda dibawa oleh Jibril naik ke langit dunia melalui pintu (ada pintu). Di langit pertama Nabi SAW bertemu dengan Nabi Adam AS. Di sini baginda dapat melihat roh para syahidin (baik) di kanan manakala roh yang jahat di kiri Nabi Adam.Setiap tingkat langit baginda berjumpa dengan beberapa Nabi tertentu seperti Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Ibrahim dan lain-lain. Seterusnya ke Sidratul Muntaha dan Al-Baitul Makmur yang merupakan tempat para malaikat.

Hari 3 Julai, Tok Guru berceramah berdasarkan ayat 11 dalam Surah Al-Hujurat:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain; (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok), dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan lain; (kerana) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olokkan) lebih dari dari perempuan (yang mengolok-olok). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil degan gelar-gelar yang yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”
Segala amalan manusia buruk atau baik akan dicatat oleh dua malaikat yang tidak pernah leka dengan tugas mereka walau sesaat pun. Di akhirat nanti, harta kita adalah pahala yang telah kita perbuat di dunia dahulu.Ingatlah, jangan kita mencela dan mengejek orang lain kerana fizikalnya. Kerana, kita tidak tahu iman mereka dan kedudukan mereka di sisi ALLAH. Hanya iman dan ketaqwaan nilaian manusia di sisi Allah.

Wassalam...