Adab-adab belajar
1.Sentiasa beristighfar memohon keampunan daripada Allah kerana dosa adalah kegelapan, ilmu adalah cahaya.
2.Berwudhu’, membersihkan diri, persekitaran dan pakaian.
3.Perbetulkan niat, belajar untuk menghilangkan kejahilan, untuk meninggikan syiar agama Allah dan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
4.Membaca Al-Fatihah, selawat dan doa-doa belajar sebelum memulakan pelajaran atau sebelum mengulangkaji.
5.Memberikan sepenuh tumpuan kepada pelajaran. Sebaik-baik waktu untuk mengulangkaji ialah pada waktu 1/3 akhir malam, antara maghrib dan isya’ dan pada waktu pagi.
6.Selalu merujuk kepada guru.
7.Selalu berbincang atau membuat ‘study group’ bersama rakan-rakan.
8.Sentiasa bersifat sukakan ilmu dan rendah diri.
9.Menunjuk ajar apabila meminta.

Ingatlah bahawa ilmu yang engkau tempuhi ini hak milik Allah; hanya Dia yang berhak memberi dan mencabutnya dariku. Ya Allah peliharalah diriku dan ilmu di dadaku yang Engkau kurniakan itu…. Ingatlah pesanan Saidina Ali Karamallahu Wajhah:
Kata Saidina Ali:
Ilmu itu lebih baik dari harta kerana:
Ilmu adalah warisan para Nabi, manakala harta adalah warisan Qarun dan Fir’aun.
Ilmu menjaga dan memelihara tuannya, manakala harta pula, tuannya perlu menjaganya.
Orang yang mempunyai ilmu ramai sahabatnya. Manakala orang yang mempunyai harta ramai musuhnya.
Ilmu itu jika diajarkan ia akan bertambah. Manakala harta pula jika dibelanjakan ia akan berkurangan.
Orang yang berilmu diseru dengan nama kebesaran dan kemuliaan.Manakala orang yang berharta pula diseru dengan kecelekaan dan kebakhilan.
Ilmu tidak perlu dijaga daripada pencuri. Manakala harta perlu dijaga dari kecurian.
Ilmu dapat memberi syafaat kepada tuannya. Orang yang berilmu dapat memberi syafaat kepada orang lain. Manakala orang yang berharta akan dihisab pada haru akhirat.
Ilmu adalah kekal manakala harta akan kehabisan dan tidak akn kekal.
Ilmu dapat menerangkan hati manakala harta pula dapat mengeraskan hati.

Wassalam


















2 comments:
slmt menempuh sem bru..
thanks berkongsi tips2 ni,suke sgt,harap dapat praktikkan dgn sbaik mungkin,insyaAllah =)
Post a Comment