BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Sunday, February 15

Di Sebalik Tahajjud

Mari kita menyingkapi pengamalan solat Tahajjud di kalangan tokoh-tokoh besar Islam. Pertama, tokoh besar Islam yang telah membebaskan Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis, Salahuddin Al-Ayyubi. Beliau merupakan seorang pemimpin yang sangat mementingkan amalan Solat Tahajjud dalam dirinya dan juga amilinnya. Ada tercatat dalam satu peperangan..Pada sebelah malamnya, beliau meninjau aktiviti malam para pejuangnya..Ada yang berborak-borak di kalangan mereka, ada yang menunaikan solat malam dan ada yang telah lena diulit mimpi. Pada keesokan harinya, di mana ketika pemilihan barisan @ soff tentera, beliau memilih tentera yang menunaikan solat pada malam hari untuk berada di barisan paling hadapan.Dengan kata lain, beliau mengutamakan tentera yang berjaga malam melebihi tentera yang cukup tidurnya..Mengapa demikian? Sepatutnya, tentera yang cukup tidurnya lebih bertenaga dan kuat untuk berjuang...Para tentera yang menunaikan solat malam lebih kuat kekuatan rohaninya berbanding tentera-tentera yang menjaga masa tidur. Kedua, bagaimana Umar Abdul Aziz yang sangat menitik beratkan solat pada malam hari..Dan contoh yang terbaik ialah dari junjungan besar Rasulullah S.A.W. Baginda menunaikan solat malam sehingga bengkak kaki baginda.Lalu Saidatina Aisyah bertanya, mengapa baginda Nabi masih lagi bersungguh-sungguh solat sehingga bengkak kaki walhal baginda maksum dan telah dijanjikan syurga oleh Allah..Baginda menjawab, "Adakah salah jika aku menjadi hamba yang bersyukur?"

Bagaiman kita dapat menilai kekuatan rohani dan keimanan seseorang dari segi luaran? Adakah orang yang kuat rohaninya sentiasa bahagia dan senang hidupnya???Kita dapat menilai kekuatan rohani seseorang apabila dia berhadapan dengan ujian dan dugaan hidup..Bagaimana dia menghadapi dugaan itu dan bagaimana dia menyingkapi hikmah yang tersirat di sebalik ujian Allah itu...Semuanya bergantung kepada kekuatan dalamannya yang telah dibina, mungkin dari kekuatannya melawan nafsu tidur untuk bangun solat malam..Allah membantu dan mengangkat darjat hambanya yang ikhlas beribadat kepada-Nya...Hanya Allah lah tempat kita mengadu dan bergantung harap, di kala ditimpa ujian dan juga jangan lupakan Dia yang memberi kita nikmat kepada kita di waktu kesenangan.

Apakah situasi yang sering kita hadapi di kala ingin untuk bangun dari katil untuk beribadah kepada Allah di waktu manusia lain asyik dibuai mimpi???Ada ketika, kita dah 'dikejutkan' dari lena, tetapi kembali menarik selimut dan merebahkan kepala kembali ke bantal...Ada ketika, kita tidak sedar langsung dari mimpi walaupun 'alarm' sedang membingitkan telinga, malah membangunkan orang lain yang sedang lena. Bagaimana ini boleh berlaku, sedangkan kita telah 'berniat' untuk bangun solat Tahajjud pada malamnya...Cuba muhasabah diri kembali..Apakah yang telah dikerjakan pada siang hari?Adakah kita banyak melakukan dosa dan maksiat pada siang harinya? Adakah kita banyak menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berfaedah? Aku ingatkan diriku terutama sekali...Nilai kembali diri kita, apa yang telah kita buat sepanjang hari...Dan tidak disangkal juga kita gagal untuk bangun mengadapNya pada malam hari disebabkan kepenatan diri.. Namun, kita haruslah bijak mengatur masa, dalam menunaikan urusan dunia dan ibadah terhadap Pencipta.. Aku mengingatkan diriku yang paling lemah dan hina ini... Sama-samalah kita memperbaiki diri dan menjadi lebih baik dari semalam...

"ADAKAH DI SANA ORANG YANG MEMINTA SESUATU? ADAKAH DI SANA ORANG YANG MEMINTA AMPUN? ADAKAH DI SANA ORANG YANG BERTAUBAT?" SALAM HEMBUSAN KETAATAN DALAM HENING TAHAJJUD.....


Thursday, February 5

SOLAT TAHAJJUD

Sembahyang Tahajud Membawa Kepada Limpahan Rezeki

Walaupun sembahyang tahajud dua rakaat sahaja, ia boleh ditunaikan lebih daripada itu mengikut kemampuan masing-masing. Bagaimanapun sebelum sembahyang tahajud, adalah lebih elok jika ia didahului dengan sembahyang sunat mutlak dua rakaat dan di akhiri dengan sembahyang sunat witir (jika tidak sempat menunaikannya sebelum tidur).

Selain untuk meningkatkan keimanan, shalat tahajud disyariatkan Allah kerana ia mempuyai banyak hikmah dan keberkatannya. Allah menetapkan waktunya pada sepertiga malam kerana suasana ketika itu amat hening, paling sesuai untuk beribadah, bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah. Perkara itu, ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Muzammil ayat 6 yang bermaksud; Sebenarnya sembahyang dan ibadah malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya.

Shalat tahajud mempunyai pelbagai hikmah dan fadilatnya. Fadilat itu, antara lain djelaskan Allah dalam surah al-Israa' ayat 79 bahawa orang yang bersembahyang tahajud akan dibangkitkanNya (di akhirat) di tempat yang terpuji. Ini dijelaskan lagi dalam hadis Rasullulah s.a.w yang bermaksud;

" Wahai manusia, bayakkanlah memberi salam, beri makan kepada orang susah, sembahyang di tengah malam di waktu orang lain sedang tidur, maka kamu masuk syurga. "

Janji Allah itu cukup jelas kerana orang yang gemar menunaikan tahajud adalah orang yang cintakan Allah, bersih hatinya dan sentiasa memohon ampun kepada Allah untuk menyucikan dirinya daripada dosa. Mereka akan kembali kepada Allah dalam keadaan mulia dan dimasukkan ke syurga.

Selain dijanjikan syurga, orang yang gemar bersembahyang tahajud juga akan dianugerahi Allah dengan pelbagai rezeki seperti hati yang tenang, ilmu yang banyak, murah rezeki, harta terpelihara, kesihatan yang baik, anak-anak berjaya dalam kerjaya dan dihormati masyarakat. Kerana besarnya fadilat sembahyang tahajud itulah Nabi s.a.w mengajak umatnya menunaikan ibadah tersebut pada setiap malam, tetapi jika tidak mampu, sekali seminggu, sekali sebulan, sekali setahun atau sekali seumur hidup.

Memandangkan besarnya fadilat sembahyang tahajud, tetapi sukarnya untuk menunaikan sembahyang tersebut, 'petua' bagi membolehkan kita melakukannya ialah;
  • Tingkatkan keimanan. Ingatlah, sembahyang ini menjadi sesuatu yang berat melainkan bagi hati yang kyusuk. Untuk dapatkan hati yang kyusuk, perlulah dibina dahulu iman di dalam jiwa. Dan seperti satu rantai, orang yang beriman akan bertambah kuat iman serta keyakinan diri mereka apabila kerap bersembahyang tahajud
  • Sebelum tidur, sematkan ke dalam fikiran kita untuk bangun pada sepertiga malam, pukul tiga pagi misalnya untuk sembahyang tahajud. Insyallah pada waktu yang dikehendaki itu kita akan terjaga
  • Jadikannya ia suatu kebiasaan. Walau kita tidur lewat macam mana pun, buatlah amalan bangun pada waktu yang dikehendaki untuk sembahyang tahajud.