BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Saturday, August 27

Nasihat kepada Ali

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali karamallahu wajhah...

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Tirmizi, Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Ali r.a., “Wahai Ali, jangan dilengahkan tiga perkara! Solat apabila telah sampai waktunya, jenazah apabila hadirnya, wanita bujang apabila telah ditemui kufunya.”
*Riwayat Tirmizi (156), hassan gharib. Imam sayuthi berpendapat hadith ini hassan. Albani berpendapat hadits ini daif.

Lagi, nasihat Rasulullah SAW kepada Saidina Ali r.a:
“Ketahuilah olehmu Ali bahawa rezeki para hamba itu di tangan Allah SWT. Tiada gunanya kamu bersedih kerana kami tidak akan dapat berbuat apa-apa. Kamu hanya dapat pahala atas kesedihan yang menimpa dirimu”.
Maka jadilah orang yang bersyukur, taat dan bertawakal kepada Allah. Maka kau akan termasuk di kalangan sahabatnya.
Tanya Ali : “Atas dasar apa aku harus bersyukur pada Allah. Bagaimana caranya untuk aku taat pada Nya.”
"Bacalah : La hau la wa laa Quwwata illa billahi aliyul azim."
Lalu apa yang harus aku tinggalkan?
"Tinggalkan marah , kerana tinggalkan marah itu dapat memadamkan murka Tuhan , memberatkan timbangan amal dan memimpin mu ke syurga"...

Dan nasihat Nabi SAW lagi,
Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


~Hari-hari terakhir Ramadhan 1432 H..
Akan bertemu lagikah Ramadhan akan datang?
"ALLAHUMMA INNAKA 'AFUWWUN KAREEM TUHIBBU AFWA FA'FU 'ANNA"~

0 comments: