Jodoh
ini..
Tiba
kepadaku di saat diri ini dalam keraguan
Ragu-ragu
akan pilihan yang Allah datangkan
Jika
sebelumnya ku diuji dengan kesamaran dan kekeliruan
Keliru
dengan bisikan hati sendiri dan kehendak keluarga
Namun,
jodoh ini datang member keyakinan kepada hatiku, ibu ayahku..
Jodoh
ini…
Datang
kepaku di kala aku sedang menunggu
Menunggu
insan yang terbaik yang Allah tuliskan untuk diriku
Dengan
iringan usaha dan doa yang tidak putus kepada Nya
Agar
dia datangkan yang terbaik untuk diriku
Dan
kini ku yakini, dia telah menjawab doaku dengan jodoh ini..
Jodoh
ini…
Datang
kepadaku dengan penuh adab seorang Muslim
Mempamerkan
akhlak empunya diri yang ku idami
Jika
sebelumnya mana-mana yang datang mengetuk pintu hati ini
Tidak
seperti jalan dirinya mengetuk pintu hatiku
Dengan
penuh berhati-hati dan kerahsiaan terjaga
Dengan
ini ku yakini, dialah jodoh yang kutunggu…
Jodoh
ini…
Ku
yakini dia yang terbaik bagi diriku
Kerana,
Allah hanya memberi yang terbaik bagi hamba Nya
Dan
Dialah Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba Nya
Walau,
ku diuji dengan keraguan hati dan kemahuan sendiri
Yang
dilihat seseorang yang dirasakan cukup sempurna
Namun,
hanya Allah yang tahu jodoh inilah yang terbaik…
Jodoh
ini…
Allah
datangkan kepadaku pada waktu yang terbaik bagi diriku
Dia
telah menjawab hajat dan pinta hamba Nya ini
Munajatku
agar didatangkan jodohku pada saat yang
Dia Maha Tahu
Walau
saat itu tidak ku sangka-sangka, walau mudah jalannya
Bila
Dia mahu, maka “Kun Fayakun” ianya berlaku tanpa jangkaan hamba
Kini
baru ku sedar, inilah ketentuannya dan inilah rezeki dari Nya
Betapa
Dia yang Maha Tahu waktu yang terbaik untukhamba-Nya
Dengan
jodoh ini…
Ku
memohon lagi kepadanya, tanpa jemu ku menadah
Menadah
tangan mengharap dari Nya lagi
Kerana
Ku Tahu, Dia Maha Mendengar, Maha Mengabul pinta hamba
Moga
Baitul Muslim ini adalah dari Nya yang telah dituliskan untuk kami
Moga
Dia adalah pendamping hidupku sepanjang permusafiran di bumi Dia
Moga
kami saling bertabah dan sabar dalam menelusuri denai-denai
Denai
kehidupan di persinggahan ini, sebelum sampai ke tuju abadi
Moga
dia dapat memimpin tanganku melangkah ke syurga milik-Nya
Moga
kami dapat BERCINTA HINGGA KE SYURGA MILIKNYA yang seluas langit dan bumi
"Teguhkanah aku dengan (adanya) dia,
Dan jadikanlah dia teman dalam urusanku,
Agar kami banyak bertasbih kepadaMu,
Dan banyak mengingatiMu,
Sesungguhnya Engkau Maha Melihat (keadaan) kami"
(Surah Taha : 31 - 35)
Permudahkanlah Ya Allah akan segala urusan kami,
Dekatkanlah hati-hati kami kerana Mu Ya Allah,
Satukanlah hati kami di bawah lembayung rahmat-Mu..
Amiiin
0 comments:
Post a Comment