BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Friday, June 12

KULIAH III

Pada hari ini kami turun dari rumah tanpa mengalas perut. “Breakfast kat sane je, nati lambat sampai,” Kami sarapan roti canai di salah satu gerai berdekatan dengan tempat kuliah. Sambil makan pun boleh dengar kuliah kerana speaker diletakkan di setiap penjuru kawasan tersebut. Saya sempat juga mengikuti kuliah Sesi 1. Tidak dipastikan apa tajuknya, tetapi apa yang saya dapat ialah, suami yang memberi makan kepada anak dan isteri diberi ganjaran yang banyak dari Allah. Setiap pinggan isteri makan dikatakan 5 kebaikan yang si suami akan dapat. Dan 5 kebaikan tersebut di’kali’kan dengan berapa pinggan isteri makan setiap hari dan penceramah berseloroh, “Jika isteri makan banyak contohnya 5 pinggan sehari dah berapa yang ganjaran si suami telah dapat. Dan jika 4 orang isteri pulak?...Huh memang banyak pahala si suami…”

Suami wajib memberi cukup keperluan makan, pakaian dan tempat tinggal kepada anak-anak serta isteri. Nafkah dari suami merupakan hak isteri dan anak-anak. Suami yang tidak memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anak bermakna suami tidak menunaikan hak insan lain. Ini bermakna bahagian yang sepatutnya diberikan kepada isteri dan anak-anak tetapi tidak diberikan, si suami dianggap telah menggunakan hak orang lain dan ini satu dosa besar. Besar sungguh tanggungjawab seorang ketua keluarga. Jika tedak mampu atau tidak bersedia lagi untuk menanggung tanggungan, jangan berani untuk bercakap pasal nikah. Ini kerana, ketua keluarga adalah tempat pergantungan yang paling utama bagi sesebuah keluarga.

Untuk Sesi 2 pula, Tok Guru menyambung tadabbur ayat-ayat dalam Surah Al-Hujurat. “Hujurat” bermaksud bilik-bilik atau dengan kata lain rumah Nabi. Perkataan “hujurat” @ bilik digunakan kerana rumah Nabi adalah dalam bentuk bilik sahaja, seolah-olah tempat persinggahan sementara bagi pengembara. Tempat yang hanya untuk singgah sebentar sementara meneruskan perjalanan. Pada bahagian awal surah ini, bab jaga disiplin diutarakan. Allah menegur sikap sesetengah sahabat yang tidak sabar menunggu Nabi dan bersikap kasar terhadap Nabi Muhammad SAW. Rendahkan suara di hadapan Nabi dan Nabi Muhammad mesti dihormati lebih dari semua manusia. Ini kerana, Nabi adalah manusia yang dipilih oleh Allah untuk menjadi utusan Allah kepada manusia. Ini bermakna, Nabi Muhammad bukan sebarangan orang, insan mulia yang terpilih lagi tinggi darjatnya.

Seterusnya, saya tersentuh dengan cara penyampaian Tok Guru yang memberikan peringatan tentang hari kematian. Manusia ditanam di dalam kubur dengan sebatang kara, tiada apa-apa yang dibawa melainkan dengan amalan yang telah diperbuat. Amalan semasa hidup merupakan persiapan kita sebelum melangkah ke alam baru. Kita kena bersiap sedia dengan pasportnya, wang bekalan secukupnya dan lain-lain keperluan seolah-olah kita membuat persiapan untuk pergi ke suatu tempat. Mana mungkin kita yang ingin pergi ke suatu tempat, tetapi tidak menghiraukan persiapan bekalan dan keperluan untuk dugunakan di sepanjang perjalanan. Amalan yang telah kita perbuat mesti dijaga dengan sebaiknya agar tidak akan hilang atau terhapus oleh perbuatan kita sendiri yang tidak disedari membakar amalan baik yang telah dilakukan. Paling utama adalah JANAGAN TOLAK AGAMA dan agama diketepikan dan ambil ‘benda’ lain sebagai pegangan contohnya amik demokrasi sebagai panduan utama dan sebagainya.


Dunia merupakan tempat dan lokasi ujian bagi manusia. Dunia seolah-olah dewan peperiksaan yang disediakan oleh Allah kepada manusia sebagai tempat menganalisa dan menguji ketaqwaan manusia kepada Allah SWT. Pengawal peperiksaan adalah malaikat yang tidak pernah terleka dengan tugasnya walau sesaat pun. Kita sebagai manusia mesti berusaha untuk hilangkan dosa yang telah kita lakukan. Caranya adalah dengan bertaubat kepada Allah. Hanya Allah menerima taubat dah hanya Dia ada kuasa pengampunan. Perbuatan manusia yang mengulangi dosa setelah bertaubat adalah lebih teruk dari membuat dosa itu sendiri. Manusia juga perlu membersihkan hati. Salah satu cara membersihkan hatia adalah dengan memasuki ke dalam masjid dan berniat untuk membersihkan hati dan memohon taubat kepada Allah.

HATI adalah elemen yang paling penting dalam tubuh manusia. Hati merupakan ‘controller’ kepada diri manusia. Sebab itu ajaran Islam tuju kepada hati dahulu, cara manawan hati manusia untuk menerima kebenaran. Inagtan yang baik yang hadir (instinct) adalah daripada hati. Sebab itulah ‘instinct’ yang baik adalah dari hati yang bersih. Hati kita mesti dididik dan cara dididkan hati mesti betul agar hati kita menjadi lurus dan taqwa kepada Allah.

Sekarang ini, timbul isu “IKHLAS KEPADA NEGARA”. Apa maksud semua ini? Apa yang tanah air telah berikan kepada kita? Semuanya adalah dari Allah! Dan, jika kita ikhlas kepada Allah, dengan sendirinya dan secara automatik ikhlas kepada agama, negara dan sebagainya akan hadir. Untuk dapat ikhlas, hati mestilah bersih. Ingatlah bahawa kita berpenat lelah melawan hawa nafsu di dunia ini adalah tidak sia-sia…Pasti ada ganjarannya! Apa yang penting adalah SABAR! Tunggu sekejap je di dunia ni….SELAMAT BERMUJAHADAH!!


Wassalam

2 comments:

wearelearningparents said...

BESTNYA DAPAT DGR CERAMAH TOK GURU...RINDU PD BELIAU

faizalMS said...

btol 2..