BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Friday, June 5

Kenduri Kahwin

Musim cuti sekolah ni banyak menerima undangan majlis perkahwinan terutamanya ibu bapa kita. Ramai sangat orang yang mengambil peluang keemasan ini untuk ‘merayakan’ hari bahagia bersama-sama seluruh kaum kerabat, sanak saudara dan juga jiran tetangga. Hari bahagia Raja Sehari dirayakan dengan penuh keseronokan dan kemeriahan. Untuk kali ini aku sendiri ada dua buah kenduri (yang dah ku hadiri) dan satu jemputan lagi (yang belum tiba masanya) yang diterima yang wajib kuhadiri jika tiada aral menghalang. Dan pada musim ini daku berasa bersyukur kerana Umi dan Abah memberi lampu hijau kepadaku untuk membawa kereta sendiri dan aku menggunakan peluang ini untuk membawa sahabat-sahabat yang mengalami masalah pengangkutan. Aku berasa sangat gembira kerana dapat pergi bersama-sama para sahabat ke rumah Kak Tasnim dan Kak Asiyah. Kak Tasnim mengadakan kendurinya pada 4 Jun manakala Kak Ac membuat kendurinya semalam, 5 Jun.

Hari yang penuh bahagia buat kedua-dua pasang pengantin- Tasnim&Solahasni serta Nur Asiyah&Mohd Azreen. Tampak sinar kebahagiaan di mata kedua-duanya pasangan pengantin dan terbit keserian dan kejernihan di wajah beriman keempat-empat insan tersebut. Saya turut berasa bahagia dan menumpang sedikit kebahagiaan daripada kedua-duanya pasangan bahagia dan serasi tersebut. “Bagai merpati dua sejoli & Bagai pinang di belah dua.” Inilah buah yang mereka dapat iaitu hasil yang sungguh manis rasanya dan nikmat yang berharga. Natijah daripada pengorbanan jiwa dan perasaan serta pahitnya mujahadah sepanjang tempoh mereka diuji. Aku berasa sungguh kagum dan jauh di sudut hatiku tersentuh dengan hebatnya peribadi hamba-hamba Allah ini. Terserlah sinar keimanan di wajah putih bersih mereka.


Maka, bermulah sebuah kehidupan baru mereka- melangkah ke alam baru yang penuh barakah wa rahmah. Terbinalah sebuah impian suci setiap dari kita iaitu Baitul Muslim- idaman setiap individu Muslim. Kita doakan mereka akan terus bahagia dan Allah mengekalkan keberkatan ke atas keluarga baru kedua-dua pasangan pengatin baru tersebut. Seterusnya melahirkan generasi-generasi yang beriman dan meneruskan perjuangan untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Anak- anak yag hebat lahir dari ibu bapa yang hebat dan beriman kepada Allah; seperti Imam Syafie, Imam Ghazali, Umar Abdul Aziz, Muhammad Al-Fateh, Salahuddih Al-Ayyubi, Fatimah binti Muhammad, Aisyah biti Abu Bakar serta tokoh Islam yang lain yang melakar sejarah Islam yang sangat mengagumkan.


Sabarlah dan bersungguh-sungguhlah dalam muajahadahmu. Pilih pasangan yang beriman, soleh/ah dan pengamal sunnah Nabi Muhammad SAW. Benar, susah dan sangat sukar untuk menjaga hati…Tapi percayalah dan yakinlah dengan janji Allah dan kemanisan yang bakal dinikmati nanti dan yang paling penting keberkatan akan melimpah sepanjang pelayaran kehidupan yang penuh ombak dan badai. Ya Allah berilah kekuatan kepada kami andai Engkau menimpakan ujian ke atas kami dan bantulah kami agar kami tidak jatuh dan kalah kepada hawa nafsu yang membinasa tipuan syaitan yang memperdaya. YAKINLAH WAHAI SAHABATKU SEKALIAN….
"sesungguhnya nafsu itu selalu dorong kepada kejahatan" [12:53]


Ingat dan berhati-hatilah dalam masalah hati…Dan, bantulah dan tiupkanlah kekuatan ke dalam hati sahabat kita andai ada di antara mereka yang lemah dan tidak berdaya memikul ujian yang Allah hadapkan kepada mereka. Tetapi perlu disematkan ke dalam hati bahawa Allah tidak akan membebankan ke atas hambanya beban yang tidak terdaya dipikulnya!
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” (Al- Baqarah: 286)

Sematkan jua di dalam memori sahabat- sahabat sekelian akan pesanan Rasul Junjungan tentang ciri-ciri yang mesti di ambil kira dalam pemilihan pasanga hidup untuk di dunia ini dan juga di akhirat kelak iaitu: 1)agamanya 2)keturunannya 3)rupa parasnya 4)hartanya...Berdoalah kepada Allah agar Allah menjodohkan kita dengan insan yang terbaik buat kita dan yang dapat membimbing dan memandu kita serta zuriat keturunan kita ke jalan yang diredhai Allah…AMIIIN
Wallahua'lam.Pesanan buat diri sendiri dan semua pembaca:-)



~SEKIRANYA KITA INGINKAN YANG SOLEH/SOLEHAH,KITA DULU YANG KENA JADI SOLEH/SOLEHAH(*_*)~

P/S: maaf, gambar K.Tasnim tidak sempat dimasukkan sekali...

0 comments: