Oh Allah, I have no money, but I have You. I am rich.
Oh Allah, I have no freedom, but I believe in You. I am free.
Oh Allah, I have no patience, but I read Your Quran. I am calm.
Oh Allah, I get no respect, but You listen to my dua. I am proud.
Oh Allah, I have no time, but I think of Jannah. I have forever.
Oh Allah, I have much time, but I look at Your Signs. I have today
Oh Allah, I feel so weak, but I eat Your food. I am strong.
Oh Allah, I feel so dirty, but I repent to You. I am cleansed.
Oh Allah, I feel so depressed, but I remember you. I am at peace.
Oh Allah, I feel so lost, but I follow Your Commands. I am safe.
Oh Allah, nobody listens, but You never turn your back on me. I am grateful.
Oh Allah, my heart breaks, but I imagine meeting You. My heart finds rest
Oh Allah, I cry every night, but I make wudu( ablution). I wash away my tears.
Oh Allah, I feel so alone, but I pray to You. I have everything.
Oh Allah, I don't want this life, and I will die, only to live forever.
"Verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest." [Surah Ar R'ad 13:28]
All I have is Allah, All I need is Allah.
Monday, June 22
All I have is Allah!
Posted by pENcINta IlaHI at 3:54 AM 0 comments
Friday, June 12
KULIAH III
Pada hari ini kami turun dari rumah tanpa mengalas perut. “Breakfast kat sane je, nati lambat sampai,” Kami sarapan roti canai di salah satu gerai berdekatan dengan tempat kuliah. Sambil makan pun boleh dengar kuliah kerana speaker diletakkan di setiap penjuru kawasan tersebut. Saya sempat juga mengikuti kuliah Sesi 1. Tidak dipastikan apa tajuknya, tetapi apa yang saya dapat ialah, suami yang memberi makan kepada anak dan isteri diberi ganjaran yang banyak dari Allah. Setiap pinggan isteri makan dikatakan 5 kebaikan yang si suami akan dapat. Dan 5 kebaikan tersebut di’kali’kan dengan berapa pinggan isteri makan setiap hari dan penceramah berseloroh, “Jika isteri makan banyak contohnya 5 pinggan sehari dah berapa yang ganjaran si suami telah dapat. Dan jika 4 orang isteri pulak?...Huh memang banyak pahala si suami…”
Suami wajib memberi cukup keperluan makan, pakaian dan tempat tinggal kepada anak-anak serta isteri. Nafkah dari suami merupakan hak isteri dan anak-anak. Suami yang tidak memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anak bermakna suami tidak menunaikan hak insan lain. Ini bermakna bahagian yang sepatutnya diberikan kepada isteri dan anak-anak tetapi tidak diberikan, si suami dianggap telah menggunakan hak orang lain dan ini satu dosa besar. Besar sungguh tanggungjawab seorang ketua keluarga. Jika tedak mampu atau tidak bersedia lagi untuk menanggung tanggungan, jangan berani untuk bercakap pasal nikah. Ini kerana, ketua keluarga adalah tempat pergantungan yang paling utama bagi sesebuah keluarga.
Untuk Sesi 2 pula, Tok Guru menyambung tadabbur ayat-ayat dalam Surah Al-Hujurat. “Hujurat” bermaksud bilik-bilik atau dengan kata lain rumah Nabi. Perkataan “hujurat” @ bilik digunakan kerana rumah Nabi adalah dalam bentuk bilik sahaja, seolah-olah tempat persinggahan sementara bagi pengembara. Tempat yang hanya untuk singgah sebentar sementara meneruskan perjalanan. Pada bahagian awal surah ini, bab jaga disiplin diutarakan. Allah menegur sikap sesetengah sahabat yang tidak sabar menunggu Nabi dan bersikap kasar terhadap Nabi Muhammad SAW. Rendahkan suara di hadapan Nabi dan Nabi Muhammad mesti dihormati lebih dari semua manusia. Ini kerana, Nabi adalah manusia yang dipilih oleh Allah untuk menjadi utusan Allah kepada manusia. Ini bermakna, Nabi Muhammad bukan sebarangan orang, insan mulia yang terpilih lagi tinggi darjatnya.
Seterusnya, saya tersentuh dengan cara penyampaian Tok Guru yang memberikan peringatan tentang hari kematian. Manusia ditanam di dalam kubur dengan sebatang kara, tiada apa-apa yang dibawa melainkan dengan amalan yang telah diperbuat. Amalan semasa hidup merupakan persiapan kita sebelum melangkah ke alam baru. Kita kena bersiap sedia dengan pasportnya, wang bekalan secukupnya dan lain-lain keperluan seolah-olah kita membuat persiapan untuk pergi ke suatu tempat. Mana mungkin kita yang ingin pergi ke suatu tempat, tetapi tidak menghiraukan persiapan bekalan dan keperluan untuk dugunakan di sepanjang perjalanan. Amalan yang telah kita perbuat mesti dijaga dengan sebaiknya agar tidak akan hilang atau terhapus oleh perbuatan kita sendiri yang tidak disedari membakar amalan baik yang telah dilakukan. Paling utama adalah JANAGAN TOLAK AGAMA dan agama diketepikan dan ambil ‘benda’ lain sebagai pegangan contohnya amik demokrasi sebagai panduan utama dan sebagainya.
Dunia merupakan tempat dan lokasi ujian bagi manusia. Dunia seolah-olah dewan peperiksaan yang disediakan oleh Allah kepada manusia sebagai tempat menganalisa dan menguji ketaqwaan manusia kepada Allah SWT. Pengawal peperiksaan adalah malaikat yang tidak pernah terleka dengan tugasnya walau sesaat pun. Kita sebagai manusia mesti berusaha untuk hilangkan dosa yang telah kita lakukan. Caranya adalah dengan bertaubat kepada Allah. Hanya Allah menerima taubat dah hanya Dia ada kuasa pengampunan. Perbuatan manusia yang mengulangi dosa setelah bertaubat adalah lebih teruk dari membuat dosa itu sendiri. Manusia juga perlu membersihkan hati. Salah satu cara membersihkan hatia adalah dengan memasuki ke dalam masjid dan berniat untuk membersihkan hati dan memohon taubat kepada Allah.
HATI adalah elemen yang paling penting dalam tubuh manusia. Hati merupakan ‘controller’ kepada diri manusia. Sebab itu ajaran Islam tuju kepada hati dahulu, cara manawan hati manusia untuk menerima kebenaran. Inagtan yang baik yang hadir (instinct) adalah daripada hati. Sebab itulah ‘instinct’ yang baik adalah dari hati yang bersih. Hati kita mesti dididik dan cara dididkan hati mesti betul agar hati kita menjadi lurus dan taqwa kepada Allah.
Sekarang ini, timbul isu “IKHLAS KEPADA NEGARA”. Apa maksud semua ini? Apa yang tanah air telah berikan kepada kita? Semuanya adalah dari Allah! Dan, jika kita ikhlas kepada Allah, dengan sendirinya dan secara automatik ikhlas kepada agama, negara dan sebagainya akan hadir. Untuk dapat ikhlas, hati mestilah bersih. Ingatlah bahawa kita berpenat lelah melawan hawa nafsu di dunia ini adalah tidak sia-sia…Pasti ada ganjarannya! Apa yang penting adalah SABAR! Tunggu sekejap je di dunia ni….SELAMAT BERMUJAHADAH!!
Wassalam
Posted by pENcINta IlaHI at 4:07 PM 2 comments
Monday, June 8
PILIHAN HATI
Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” Mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
SECRET ADMIRE
“Kakak, Mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu Mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu Mak tekad tak mahu layan sebab Mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar Mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu Mak.. Akhirnya Mak bagi kata putus, Mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami Mak.. Dan dia memang bukan jodoh Mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada Emak, semakin berminat dengan kisah lama Mak..
“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung Emak. Ada getar di hujung suara Emak. Kisah silam perjuangan Emak di sekolah dahulu sikit-sikit Emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
“Mungkin kerana personaliti Mak, Mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan Mak.. Jadi, bila Mak nak ambil sesuatu tindakan, Mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan Mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau Mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna Mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud Mak saya.
ADAKAH IA SUATU DISKRIMINASI?
“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah Emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” Emak berhenti seketika..
BUKAN LUAR BIASA
Tentu kering tekak Emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini Mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”
“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”
REDHA
“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak Emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang Emak serahkan anak Emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.
PENULIS: aisyahhumaira
Posted by pENcINta IlaHI at 8:41 PM 1 comments
Friday, June 5
Kenduri Kahwin
Musim cuti sekolah ni banyak menerima undangan majlis perkahwinan terutamanya ibu bapa kita. Ramai sangat orang yang mengambil peluang keemasan ini untuk ‘merayakan’ hari bahagia bersama-sama seluruh kaum kerabat, sanak saudara dan juga jiran tetangga. Hari bahagia Raja Sehari dirayakan dengan penuh keseronokan dan kemeriahan. Untuk kali ini aku sendiri ada dua buah kenduri (yang dah ku hadiri) dan satu jemputan lagi (yang belum tiba masanya) yang diterima yang wajib kuhadiri jika tiada aral menghalang. Dan pada musim ini daku berasa bersyukur kerana Umi dan Abah memberi lampu hijau kepadaku untuk membawa kereta sendiri dan aku menggunakan peluang ini untuk membawa sahabat-sahabat yang mengalami masalah pengangkutan. Aku berasa sangat gembira kerana dapat pergi bersama-sama para sahabat ke rumah Kak Tasnim dan Kak Asiyah. Kak Tasnim mengadakan kendurinya pada 4 Jun manakala Kak Ac membuat kendurinya semalam, 5 Jun.
Hari yang penuh bahagia buat kedua-dua pasang pengantin- Tasnim&Solahasni serta Nur Asiyah&Mohd Azreen. Tampak sinar kebahagiaan di mata kedua-duanya pasangan pengantin dan terbit keserian dan kejernihan di wajah beriman keempat-empat insan tersebut. Saya turut berasa bahagia dan menumpang sedikit kebahagiaan daripada kedua-duanya pasangan bahagia dan serasi tersebut. “Bagai merpati dua sejoli & Bagai pinang di belah dua.” Inilah buah yang mereka dapat iaitu hasil yang sungguh manis rasanya dan nikmat yang berharga. Natijah daripada pengorbanan jiwa dan perasaan serta pahitnya mujahadah sepanjang tempoh mereka diuji. Aku berasa sungguh kagum dan jauh di sudut hatiku tersentuh dengan hebatnya peribadi hamba-hamba Allah ini. Terserlah sinar keimanan di wajah putih bersih mereka.
Maka, bermulah sebuah kehidupan baru mereka- melangkah ke alam baru yang penuh barakah wa rahmah. Terbinalah sebuah impian suci setiap dari kita iaitu Baitul Muslim- idaman setiap individu Muslim. Kita doakan mereka akan terus bahagia dan Allah mengekalkan keberkatan ke atas keluarga baru kedua-dua pasangan pengatin baru tersebut. Seterusnya melahirkan generasi-generasi yang beriman dan meneruskan perjuangan untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Anak- anak yag hebat lahir dari ibu bapa yang hebat dan beriman kepada Allah; seperti Imam Syafie, Imam Ghazali, Umar Abdul Aziz, Muhammad Al-Fateh, Salahuddih Al-Ayyubi, Fatimah binti Muhammad, Aisyah biti Abu Bakar serta tokoh Islam yang lain yang melakar sejarah Islam yang sangat mengagumkan.
Sabarlah dan bersungguh-sungguhlah dalam muajahadahmu. Pilih pasangan yang beriman, soleh/ah dan pengamal sunnah Nabi Muhammad SAW. Benar, susah dan sangat sukar untuk menjaga hati…Tapi percayalah dan yakinlah dengan janji Allah dan kemanisan yang bakal dinikmati nanti dan yang paling penting keberkatan akan melimpah sepanjang pelayaran kehidupan yang penuh ombak dan badai. Ya Allah berilah kekuatan kepada kami andai Engkau menimpakan ujian ke atas kami dan bantulah kami agar kami tidak jatuh dan kalah kepada hawa nafsu yang membinasa tipuan syaitan yang memperdaya. YAKINLAH WAHAI SAHABATKU SEKALIAN….
"sesungguhnya nafsu itu selalu dorong kepada kejahatan" [12:53]
Ingat dan berhati-hatilah dalam masalah hati…Dan, bantulah dan tiupkanlah kekuatan ke dalam hati sahabat kita andai ada di antara mereka yang lemah dan tidak berdaya memikul ujian yang Allah hadapkan kepada mereka. Tetapi perlu disematkan ke dalam hati bahawa Allah tidak akan membebankan ke atas hambanya beban yang tidak terdaya dipikulnya!
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” (Al- Baqarah: 286)
Sematkan jua di dalam memori sahabat- sahabat sekelian akan pesanan Rasul Junjungan tentang ciri-ciri yang mesti di ambil kira dalam pemilihan pasanga hidup untuk di dunia ini dan juga di akhirat kelak iaitu: 1)agamanya 2)keturunannya 3)rupa parasnya 4)hartanya...Berdoalah kepada Allah agar Allah menjodohkan kita dengan insan yang terbaik buat kita dan yang dapat membimbing dan memandu kita serta zuriat keturunan kita ke jalan yang diredhai Allah…AMIIIN
Wallahua'lam.Pesanan buat diri sendiri dan semua pembaca:-)
~SEKIRANYA KITA INGINKAN YANG SOLEH/SOLEHAH,KITA DULU YANG KENA JADI SOLEH/SOLEHAH(*_*)~
P/S: maaf, gambar K.Tasnim tidak sempat dimasukkan sekali...
Posted by pENcINta IlaHI at 8:06 PM 0 comments