BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Friday, May 8

Kuliah I

ALHAMDULILLAH hari ini daku berkesempatan menghadiri Kuliah Mingguan (Weekly Talk yang diadakan setiap hari Jumaat) bersama keluarga. Hari ni Allah beri ruang dapat pergi lebih awal dari biasa. Jadi, kami berkesempatan mengikuti kuliah sesi 1 yang bermula pukul 8.30 pagi. Sempat la daku mengikuti kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Nassuruddin Hj Daud. Kali ini saya berpeluang melihat Ustaz Nassurudin secara 'live'. Sebelum ini ku pernah melihat beliau dalam satu video persidangan negeri dan aku sangat kagum melihat beliau berhujah. Alangkah kagum dan bangganya aku dengan cara dan perwatakan pemimpin ini. Sedang-sedang 'meter' ceramah beliau masuk gear 5, beliau tiba-tiba berhenti kerana masa untuk sesi 1 dah hampir tamat. Beliau berhenti lebih kurang 10 minit sebelum 9.30 kerana sesi 2 pula akan disambung oleh Tok Guru. Dalam perjalanan beliau ke kereta, kebetulan kereta Tok Guru sampai dan dua pemimpin ini hampir berselisih. Kereta Tok Guru berhenti betul2 di hadapan tempat aku duduk bersama Umi. Hehe sempat aku record Tok Guru. Itulah Tok Guru...sangat mementingkan masa! Beliau tidak pernah membiarkan rakyat menunggu walaupun ketika beliau tidak berapa sihat. Pagi tadi beliau sampai 10 minit sebelun sesi yang akan dikendalikan oleh beliau bermula dan kuliah sesi 2 bermula tepat pada masanya. Inilah pemimpin yang sejati dan berjiwa rakyat!!



Ada beberapa ilmu yang aku dapat nak dikongsikan..Memang cara pemimpin ini memberi kuliah akan ada ilmu agama + peringatan hari akhirat + ilmu semasa dll. Point pertama yang aku dapat ialah tentang isu semasa iaitu orang bukan Islam yang membaca ayat Al-Qur'an: boleh ke tidak? Jawapannya adalah boleh dan tidak salah. Dan yang salah ialah orang Islam dan pemimpin Islam sendiri yang tidat berapa lancar membaca ayat Al-Qur’an dan ada yang tidak terkeluar sepotong ayat Al-Qur’an pun dari mulut ‘mereka’ …Sepatutnya ‘mereka’ patut merasa malu sendiri kepada pemimpin bukan Islam yang mengeluarkan ayat Al-Qur’an dalam ucapan. Tok Guru ada memberi beberapa contoh untuk menguatkan hujah. Contoh-contoh tersebut berpandukan sirah Rasulullah yang ada mengirimkan beberapa pucuk surat kepada pemimpin2 bukan Islam seperti Najasyi- Habsyah, Parish- Iran, Qaizar- Rom byzantine dan lain2. Dalam surat2 tersebut, dimulakan dengan basmalah dan terdapat ayat-ayat Al-Qur’an. Tidak pula ditulis nota kaki pada surat tersebut yang melarang pemimpin2 bukan Islam tersebut membaca ayat2 Allah yang disertakan. ‘Betul jugak ye’ aku bermonolog sendirian. Tok Guru ada juga menyentuh sedikit tentang isu ulama dan professional yang sibuk digempar-gempurkan. Tok guru menyatakan ulama dan professional mesti ada dalam diri seseorang untuk memimpin negara dan menjadi pemimpin yang terbaik.

Selain itu, Tok Guru membuka pemikiranku yang sempit ini mengenai umat Islam yang sangat berbagai-bagai warna kulit dan berbilang-bilang kaum. Walaupun memang telah kita maklum umat Islam berbagai kaum di seluruh dunia, Tok Guru membuka lagi pemikiranku dengan mengutarakan contoh situasi di Mekah memandangkan beliau baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah. Mekah merupakan tempat titik pertemuan berbagai-bagai kaum dan bangsa. Tok Guru memberi contoh apabila kaki jemaah di Mekah menjejakkan kaki di dalam kawasan masjid, semua jenis kaki; tidak kira kaki yang berkulit hitam, putih, sawa matang dan lain2 semuanya menanggalkan selipar @ kasut…semuanya berkaki ayam tidak kira dia seorang raja, pemimpin besar, nelayan, petani dan sebagainya. Sesiapa yang dating dahulu akan berada di saf hadapan, hamba yang bersungguh dalam ibadah akan berusaha untuk berada di saf hadapan walaupun dia seorang penarik beca dan lain2. Ya Allah...baruku sedar!

Point yang terakhir sebelum berakhir sesi kuliah ialah Tok Guru bercerita panjang tentang sejarah Mekah dan air zam-zam; tentang bagaimana Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail membina kaabah, kisah Hajar dan anaknya tersayang. Selain itu, Tok Guru juga mengutarakan kisah Maryam yang mengandungkan anak tanpa bapa; yang diberi ilham oleh Allah untuk menggoyangkan pohon tamar tempatnya bersandar. Persoalannya, kenapa Allah tidak menjatuhkan sahaja tamar melalui pohon tersebut. Pengajaran di sini ialah walaubagaimanapun keadaan kita, hendaklah kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita mahukan. INILAH POINT YANG PALING PENTING UNTUKKU!

0 comments: