BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Friday, May 15

Kuliah II

Hari ini ingin kukongsikan pengisian Kuliah Mingguan yang berlangsung di Dataran Ilmu, Kota Bharu. Hari ini Tok Guru mengulas mengenai Hari Kebangkitan berpandukan kalamullah dalam Surah Qaf. Kuliah dimulakan dengan tadabbur Surah Qaf, ayat-ayat terakhir(40-45). Mafhum ayat 40-45:

"Dan bertasbihlah kepada-Nya pada malam hari dan setiap selesai solat"(40)
"Dan dengarkanlah (seruan)pada hari (ketika) penyeru (malaikat) menyeru dari tempat yang dekat"(41)
"(Yaitu) pada hari (ketika) mereka mendengar suara dahsyat dengan sebenarnya. Itulah hari keluar (dari kubur)"(42)
"Sungguh, Kami yang menghidupkan dan mematikan, dan kepada Kami tempat kembali (semua makhluk)"(43)
"(Yaitu) pada hari (ketika) bumi terbelah, mereka keluar dengan cepat. Yang demikian itu adalah pengumpulan yang mudah bagi Kami"(44)
"Kami lebih mengetahui tentang apa yang mereka katakan, dan engkau (Muhammad) bukanlah seorang pemaksa terhadap mereka. Maka berilah peringatan dengan Al-Qur'an kepada siapa pun yang takut kepada ancaman-Ku"(45)

Menurut alim ulama', nama surah ini (Qaf) adalah dari awal huruf dari perkataan Qur'an. Dunia ini diciptakan untuk manusia. Tujuan utama adalah untuk manusia mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan setiap larangannya (amar ma'ruf nahi munkar). Setiap juzuk yang Allah ciptakan dalam isi dunia ini adalah semuanya untuk manusia: oksigen, tumbuhan, haiwan dan bermacam-macam lagi. Allah merancangkan ini semua kerana Allah telah 'memprojekkan' KIAMAT. Kiamat mempunyai 40 nama lain dan kiamat sendiri bermaksud atau dari perkataan (qama)-'bangun'. Pada hari kiamat nanti, Allah membangkitkan seluruh umat manusia bermula dari Nabi Adam sehingga umat akhir zaman, tidak pelik Allah berkuasa menghidupkan semula manusia yang telah mati kerana ia berdasarkan logik akal. Cuba kita fikir, diri kita sendiri, diciptakan oleh Allah dari yang tiada. Inilah kuasa Allah! Jadi apa yang peliknya, jika Allah menghidupkan kembali juzuk yang telah ada (tulang yang telah ada di dalam kubur).
"Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kanu, agar kamu bertaqwa" (Al-Baqarah: 21)

Hanya taqwalah yang membezakan darjat manusia di sisi Allah.
"..kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti"(Al-Hujurat:13)
Taqwa yang menjadi ukuran darjat manusia di sisi Allah, tidak mengira bangsa dan pangkat di dunia. Kita dapat lihat di sini, sesuatu bangsa sama ada bangsa tersebut disanjung tinggi di dunia ini ataupun bangsa tersebut berjaya di dunia; tidak dipandang pun oleh Allah SWT andai hamba itu tidak bertaqwa kepada Allah. Kesimpulannya, tidak penting pun untuk membina bangsa yang berjaya di mata dunia andai rapuh nilai agamanya. Bertaqwalah (takutlah) kepada Allah wahai manusia!



Tok guru memberi gambaran kepada hadirin yang hadir, andai nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia contohnya beras; kehabisan atau Allah menarik satu sahaja nikmat nescaya manusia tidak boleh hidup walaupun mempunyai wang yang sangat banyak. Apabila Allah menarik nyawa kita bila tiba masanya nanti, di dalam kubur akan berhadapan dengan pelbagai masalah bersendirian. Jadi, bersiap sedialah di dunia ini sebelum melangkah ke alam yang baru...

Ingatlah kepada Allah (zikrullah) setiap masa dan ketika (wahai diri kepada tangan yang menaip ini...). Mati adalah kuasa Allah dan tidak sesiapa pun yang dapat menentukan hidup mati manusia. Hatta doktor yang tersilap mengisytiharkan mati kepada pesakit pun mesti menarik balik pengisytiharan itu. Dan sebenarnya, setiap hari kita berlatih untuk mati iaitu sebelum tidur, berdoa dan berserah diri kepada Allah dengan doa.So, pakat-pakatlah kita mengamalkan doa tidur setiap hari sebelum tidur...



Wassalam...

0 comments: