BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Monday, November 22

KORBAN KASIH

Salam kepada semua…sudah lama, memang rasa lama sangat tak menulis kat blog ni…hari ini, Allah menizinkan saya utk mencoret sesuatu, ingin berkongsi sesuatu…Sesekali ada juga idea yang datang untuk menulis pasal ‘something’, tapi masa tak mengizinkan…maaf jika ada penunjung yang menantikan post baru saya (jika ada huhu). Saya memang jarang@tidak pernah menulis pasal hidup,berkongsi tentang kehidupan saya, seperti sesetengah blog yangmenjadi diari hidup tuannya. Dari awal saya memang niat buat blog ni untuk menjadi koleksi peringatan (tazkirah) buat diri ini dan juga orang lain (pengunjung) yang ingin membacanya..jadi, jarang saya menukikan @ berkongsi kisah suka duka yang berlaku dalam hidup saya…

Alhamdulillah, kali ini saya rasa ingin berkongsi pasal kehidupan, dari apa yang saya ‘observe’ dari kehidupan insan2 di sekeliling saya. Sebenarnya, saya “baru melihat dunia” ini dengan mata hati..Mungkin saya baru “bangun dari lena” setelah banyak perkara yang telah berlaku dalam hidup ini sebelum ini.Saya ingin berterima kasih dan bersyukur padaMu ya Allah kerana telah memberikan satu kurnia yang begitu besar iaitu “keupayaan untuk berfikir dan menilai dengan mata hati”. Sungguh besar kurnia ini rasanya.. Syukur padaMu ya Allah…

Kenapa ‘title’ post ni pasal perkataan “KORBAN”?Ya, sebab kita baru saja korban lembu hehe..Hari mulia dalam Islam iaitu Hari Raya Aidiladha sinonim dengan perkataan KORBAN ini…Ya, kita selalu dan telah hafal cerita pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, dan isteri Nabi Ibrahim, Siti Hajar juga berkorban..Ya, orang perempuan lagi banyak berkorban, berbanding lelaki terutamanya berkorban perasaan..Mugkin ini Nampak remeh (bagi lelaki), tapi inilah binaan yang paling penting untuk menjadi seorang prempuan..Eh, betul ke ayat nih??Tak pelah, lebih kurang begitulah maksudnya.

Jangan anggap perempuan suka bermain dengan perasaan..Ya. Pada hakikatnya, memanglah kita rasa perkara tu remeh je tapi diperbesarkan, sebab dipengaruhi oleh emosi…Tapi betul juga, tak boleh nak ikut@terlalu ikut perasaan, tak boleh jgk, kena kawal…Tapi susah untuk kawal perasaan sendiri sebenarnya, melainkan ada orang di sisi kita yang ingatkan atau sedarkan kita…Inilah yang ingin saya kongsikan. Penting untuk kita sedarkan insan2 di sekeliling kita, yang kadangkala tersasar ataupun tergelincir dari landasan, dan kembalikanlah mereka ke landasan yang betul…

Dalam hidup kita sebenarnya Allah anugerahkan dengan perasaan yang sangat abstrak, iaitu perasaan kasih sayang ataupun cinta kepada insan lain…Kasih sayang dan cinta kepada ibu ayah, adik beradik, ibubapa kepada anak2, kawan2 dan juga kepada sesiapa sahaja insan2 istimewa yang hadir dalam hidup kita..Dan, kita juga berKORBAN, selalu berKORBAN untuk mereka, orang2 yang kita sayang..Daripada pemerhatian saya, insan yang lebih banyak berkorban adalah perempuan. Terutamanya BERKORBAN dari segi perasaaan sendiri. Sebab, perempuan banyak dan seringkali terluka atau dilukai oleh insan2 yang disayangi, sama ada secara sedar atau tidak…Mungkin akan ada orang kata ini perkara remeh dan tak perlu dibincangkan. Ya, memaang ini perkara yang remeh, tapi ia sbenarnya besar maknanya pada wanita…

Contohnya, saya pernah melihat wanita yang dalam hatinya selalu terluka dengan lelaki yang dia sayang..Ada perempuan yang sengsara perasaannya disebabkan suaminya berpoligami…Ada juga yang selalu remuk hati bila suaminya jenis yang tidak peka kepada diri, dan yang lebih penting perasaannya..Hal ini sebenarnya sangat abstrak dan sensitif, sebab perempuan sifatnya sangat halus dan lembut, terutama hati dan perasaan. Itulah istemawanya penciptaan wanita dan itu adalah kurnia dari Yang Maha Pencipta. Mugkin ada sesetengah lelaki tidak faham maksud saya ni. Takpelah kalu tak paham, tak yah susah2 nak pikir, tapi itu boleh jadi petanda bahawa anda ‘tiada perasaan’ hehe..

Alamak,panjang la pulak ‘post’ ni…Maaf la ye kalu sesiapa yang membaca post ni rasa ‘boring’…Saya hanya ingin meluahkan apa yang ada dalam hati saya, ingin berkongsi apa yang saya paham dari pemerhatian dengan “mata hati”…Em, mugkin ada lagi yang tak sampai maksud dan ada lagi perkara lain yang dapat dikongsi, tapi dah panjang rasanya post ni, dan tangan pun dah lenguh nak menaip, may be next time pulak saya kongsi…Ok, terima kasih kerana sudi membacanya sampai habis, dan kalau ada yang tap puas hati atau tak setuju dengan saya, saya open je….Boleh dan sila ‘comment’ ye…kirim salam saya kepada orang2 yang anda sayang dan cubalah peka dan fahami perasaan mereka….Wasssalam

3 comments:

Unknown said...

rumusan sy,kbtulan sy terbaca
Smmgnya Korban itu lebih pada sesuatu yg tidak Zahir. Namun dikala kita merasakan tiada sapa,ketahuilah bahawa kita akan sentiasa ada Allah y Mh Memahami dan Menilai Korban kita itu.

Sy juga sgt setuju dan mengakui bahawa keperluan sahabat sekeliling y bertindak sebagai penasihat d kala kita leka, d situlah letaknya peranan sebenar sebuah persahabatan.

Sikap sensitif y ada pada perempuan dan sikap selamba badak y ada pada lelaki, itulah yg membezakan lelaki dan perempuan
dan disitulah letaknya peranan toleransi dan pengorbanan dalam perhubungan lelaki dan perempuan.

dan Hazwani,jgn risau, sy tahu dan yakin, lelaki ada juga y mampu memahami n celik mata hatinya, cuma.....

pENcINta IlaHI said...

tima kasih atas tinggalan comment di ats adli..
sy jg sgt stuju dgn pndpat kamu...
tp mcm x abes ckp je..huhu

pENcINta IlaHI said...

sory tersilap..sy confuse, ni mmg name ny ashraf@ adli ashraf???sory ashraf..nway, thans bc post ni n sudi bg komen=)