BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Tuesday, June 29

Tidakkah kamu malu?

Assalamu'alaikum wbt
Maaf dipohon kepada para sahabat yang sudi datang menziarah ke laman maya saya ini, kerana sudah tebal semak-samun di taman milik saya ini...Ya Allah kesibukan apakah yang telah kau lalui sampaikan blog sendiri pun dah lama terbiar walaupun cuti???huhu
Sebenarnya baru2 ni saya diberi rezeki dan keizinan oleh Allah dapat sampai dan menjejakkan kaki di 2 tanah suci di atas bumi ini iaitu Madinah Al-Munawwarah dan Makkah Al-Mukarramah. Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan di sepanjang perjalanan dan juga segala urusan selama mana berada di sana sehingga selamat sampai ke Malaysia...Alhamdulillah wa syukur lillah!

Post kali ini adalah kesinambungan daripada post saya sebelum ini, iaitu Duhai Puteriku Sayang. Saya ingin kongsi bersama pembaca2 sekalian mengenai sifat malu. Sifat malu dalam diri seseorang sangat penting kerana malu boleh menjadi perisai diri dalam memelihara kehormatan dan maruah diri terutamanya wanita. Namun kini, sifat malu dalam diri wanita mulai pudar dan terhakis hari demi hari dek arus kemodenan dalam dunia mencabar ini. Wanita hari ini menjadi terdesak untuk 'involve' dan bergerak aktif serta terkedepan dalm setiap perkara yang dilakukan sehingga seakan-akan tiada batasan lagi dan tiada penghalang untuk dirinya dalam melakukan apa jua perkara. Mereka merasa diri mereka tidak boleh terikat dan tiada siapa boleh menghalang apa yang ingin dilakukan. Dengan ini, tiada lagi had untuk diri mereka sehingga mereka rasa bebas dan tidak malu untuk melakukan apa2 perkara.

Mereka hilang rasa malu dalam pergaulan, berpakaian, dan yang paling penting hilang rasa malu untuk melakukan maksiat!(walaupun di hadapan orang ramai).
"Malu itu sebahagain daripada iman" (Riwayat Abu Hurairah)
Andai kata tiada sifat malu dalam diri untuk bergaul bebas dengan berlainan jantina, wanita dengan tidak segan silu untuk bermesra dengan kaum lelaki dan keluar untuk bersosial tidak kira masa dan waktu. Tiada lagi batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, yang telah digariskan dalam Islam. Lihatlah remaja di sekeliling kita sekarang! Tidak janggal lagi untuk kita melihat lelaki dan perempuan berdua-duaan dan berbual mesra tanpa menghiraukan mata yang memandang. Mereka seolah2 sudah tidak peduli dengan masyarakat sekeliling dan pandangan sinis orang ramai.

Perempuan zaman ini juga sudah tidak segan dan malu untuk berpakaian sendat, ketat dan jarang sehingga menampakkan susuk tubuh dan perhaisan yang ada pada diri mereka. Tidakkah kamu merasa malu???Tidakkah kamu malu apabila berpakaian tetapi menampakkan susuk tubuh dan ramai mata keranjang yang memandang. Kadang2 orang yang melihatnya pula yang merasa malu dan tak sanggup untuk memandangnya!Subhanallah!!!Kalu tidak rasa malu pun, tidakkah rimas dengan pakaian sendat yang melekat di badan?

Ingatlah, semua berperanan di sini...!
"Wahai orang2 beriman!Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu" (Al-Tahrim:6)
Tegurlah wahai ayah, wahai ibu andai anak gadis anda kuat bersosoal dan berpakaian tapi telanjang! Tegurlah wahai abang, andai adikmu berpakaian menjolok mata! Tegurlah sahabat andai sahabatmu berfesyen yang melampau!

Wanita yang imannya rapuh, nipis rasa malunya untuk memhalang diri dari berpakaian menjolok mata dan bercampur mesra dengan teman-teman lelaki. Malah, si lelaki pula yang nipis imannya tidak dapat menahan diri dari godaan dan gemersikan manja suara wanita, akhirnya hanyut dan tenggelam dalam desakan hawa nafsu. Natijah daripada itu, berlakulah maksiat seperti zina yang bukan setakat sekali tersilap langkah, malah berpanjangan dan terus lemas dalam dosa dan maksiat yang semakin parah seperti yang berlaku di Malaysia sekarang.

MALULAH WAHAI WANITA! Malulah agar dapat menjaga kehormatan dirimu dan darjat yang telah Islam angkatkan kepada kaum wanita! Jagalah dirimu dan jangan mudah untuk terpengaruh dan menyerah jiwa dan diri kepada sebarang lelaki yang hanya mahukan kepuasan diri dan nafsu mereka semata.

Wallahu'alam

0 comments: