Umar r.a. merupakan khalifah kedua di zaman Khilafah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Umar merupakan seorang khalifah yang memiliki semangat yang kuat, pemikiran politik yang bijak kerana perluasan kawasan Islam pada zamannya amat laus, mempunyai iman yan kuat dan merupakan sahabat terdekat Rasulullah. Saya suka ingin memetik satu tulisan Umar kepada pemimpin tentera yang boleh dijadikan sebagai pegangan umat Islam yang berjuang dijalanNya; samada perjuangan menuntut ilmu dan berjuang dalam menegakkan Islam di muka bumi ini. Tulisan Umar:
“ Sesungguhnya saya menyuruh kamu dan tentera-tentera yang bersama kamu supaya yakin kepada Allah pada setiap masa. Keyakinan kepada Allah adalah sebaik-baik persiapan bagi malawan musuh dan sebaik-baik strategi dalam peperangan. Saya menyuruh kamu dan orang yang bersama kamu menjaga diri daripada melakukan maksiat dan berhati-hati pada musuh-musuh kamu. Dosa-dosa tentera lebih diambil waspada daripada mengahadapi musuh-musuh. Jika tidak demikian, maka kita tidak mempunyai kekuatan kerana jumlah kita tidak seperti jumlah mereka, kekuatan kita tidak seperti kekuatan mereka. Jika kita sama dengna mereka dalam kemaksiatan, maka mereka melebihi kita dalam kekuatan, kita tidak menang disebabkan oleh kelebihan kita dan kita tidak mengalahkan mereka dengan kekuatan kita.
Ketahuilah kamu semua di bawah penjagaan malaikat-malaikat Allah. Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. Maka malulah kepadanya dan jangan berbuat kemaksiatan kepada Allah sedangkan kamu berada di jalan Allah. Dan jangan kamu katakana musuh kita lebih buruk daripada kita dan mereka tidak dapat menguasai kita. Banyak kaum yang menguasai mereka yanglebih buruk daripada mereka, seperti kaum yang menguasai Bani Israel (yang mengerjakan perkara yang dibenci oleh Allah) iaitu orang Majusi (maka mereka mngintai lalu mereka menjelajah di serata ceruk rantau dan sebenarnya peristiwa itu adalah satu janji yang tetap berlaku). Mintalah pertolongan kepada Allah terhadap diri kamu sekalian seperti kamu meminta kemenangan ke atas musuh-musuh kamu. Saya mohon kepada Allah supaya selalu memberikan kemudahan kepada kami dan kamu semua.”
Kata-kata semangat daripada pemimpin besar Islam ini mengajar kita sebab-sebab kemenangan dan syarat-syarat untuk mendapatkan pertolongan Allah. Jika kita menolong agama Allah maka Dia akan menolong dan membelamu bagi mencapai kemenangan yang diidam-idamkan untuk kemaslahan ummat Islam dan agama Islam yang tercinta. Kita sebagai umat Islam sangat memerlukan ilmu agar kita akan dapat dan mampu untuk meletakkan agama Islam di tempat yang tertinggi suatu masa nanti…Dan masa itu akan sampai tidak lama lagi kerana dunia dah hampir di akhir zaman wahai sahabat-sahabat…RENUNGKAN!Wallauhua’lam
(Petikan kata-kata Umar dari buku Sejarah Khalifah Rasulullah- Prof Dr. Amin Qudah)
Saturday, December 12
Wasiat Umar
Posted by pENcINta IlaHI at 1:34 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment