BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Monday, October 5

Rx Quiz

Piala Tariq jadi rebutan sembilan institusi pengajian tinggi

KUANTAN: Pertandingan Kuiz Farmasi Kebangsaan yang julung kali dianjurkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) cawangan di sini, semalam, menarik penyertaan seramai 56 mahasiswa daripada sembilan institusi pengajian tinggi awam dan swasta seluruh negara.

Antara institusi pengajian tinggi yang turut serta ialah UIA, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), International Medical University, Management and Science University; Asian Institute of Medicine, Science and Technology University; University of Nottingham and Ireland College of Technology.

Pertandingan anjuran Persatuan Pelajar Farmasi UIA cawangan Kuantan itu menawarkan hadiah piala pusingan, wang tunai RM1,000 serta sijil kepada pemenang. Acara dua hari itu yang bertemakan Kuiz Farmasi Kebangsaan UIA 2009 atau `RX Quiz 09 menyaksikan setiap kumpulan yang diwakili empat pelajar menguji kecekapan menjawab pelbagai soalan.

Pengarah Kampus UIA Cawangan Kuantan, Profesor Dr Kamaruzzaman Wan Su, berkata penganjuran kuiz itu sebagai langkah bijak kerana ia bakal merintis pertandingan yang lebih besar pada masa depan.

"Sambutan positif pada pertandingan sulung ini memberi galakan untuk menjadikan ia sebagai acara tahunan dengan menarik penyertaan lebih banyak daripada peserta universiti luar negara.

"Kami berharap trofi pusingan (Piala Tariq) yang diberi nama sempena Dekan Fakulti Farmasi, Profesor Datuk Dr Tariq Abdul Razak akan menjadi piala rebutan berprestij pada masa akan datang," katanya ketika merasmikan pertandingan kuiz itu, semalam.


.....Saya merupakan salah seorang comittee (Quiz Coordinator) untuk program yg julung2 kali diadakan di Kulliyyah of Pharmacy, IIUM, di bangunan KOP yg baru mula dibuka pada sem ini...Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui dan merasai penglaman yg berharga ini...Banyak yg aku dapat belajar daripadanya...Aku juga dilatih untuk ikhlas bekerja dan memberi komitmen yang semaksimum yg kumampu melalui pengalaman yg Kau hadiahkan kepadaku ini...Terima kasih k.Hajar kerana memahami dan menjadi ketua yg baik kpd Wani;) Maaf andai ada tersilap sepanjang kita bekerja dan andai apa yang Wani buat tdk memuaskan hati...Terima Kasih Huda, Nani dan semua comittee lain yang banyak mengajar Wani... Semoga dapat bekerjasama lagi di lain acara...WASSALAM.......

<1st IIUM National Pharmacy Quiz 2009>
3-4th October 2009



Source:56 sertai kuiz farmasi 2009
Oleh Rosli Abdul Jalil
bminggu@bharian.com.my

0 comments: