Untuk yang post sebelum ni (Hati yang Dalam), sy amik artikel 2 dr seseorang, tapi lupa kat mane..So sy x letak referred link...maaf ye pemilik artikel 2, n mtak halal ye sy post kat blog saya nih...hehe TQ
P/s: sebenarnya dh letak ayat mcm ni kat bwh artikel 2, tp x taw knape x kuar huhu terpaksa wat post baru...
Saturday, May 14
Ralat*
Posted by pENcINta IlaHI at 4:47 AM 0 comments
Hati yang Dalam
Pujuk dirimu bahagia apabila melihat musuh-musuhmu bahagia.Walaupun pernah disakiti sekali,kau akan disakiti berkali-kali jika terus mengenang perbuatan mereka.Wahai Diri ,ingatlah…segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua.
“jika datang orang ‘menghadiahkan’ air mata…
Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar.
Jangan dilihat manusia yang menjadi ‘sebab’,
Lihat dengan mata hati yang Allah jua menjadi ‘musabbabil asbab’.
Jika kau disakiti oleh dia,
DIA sedang mengajarmu erti redha”
Kita bukan malaikat untuk terus pasrah tanpa terusik oleh calar dan cakar insane.Namun,ada ketika-ketika yang sangat kritikal untuk kita bertahan dan katakan…TIDAK ADA KEADILAN YANG MUTLAK DI DUNIA INI.Mungkin sahaja penjahat yang pandai bermuka-muka akan terus dijulang sebagai wira.Dan hamba sejati yang mempunyai ‘hati emas’,akan terus dihenyak sebagai sandera(tawanan) di penjara hiba dan cela.
Terimalah hakikat kita bukan TUHAN yang mencatur rezeki dan nikmat untuk hamba-hambaNYA.Jangan kau ditanyakan mengapa dia yang dilebihkan,aku dikurangkan?Mengapa dia yang licik dengan gelecek segala strategic dimenangkan sedang aku yang bersenjatakan kebenaran dan kesederhaan selalu dikalahkan?
Di sini tidak lama.Di sana jua tempat berehat segala penat.KEYAKINAN TERHADAP HARI AKHIRAT AKAN MENYEBABKAN KITA KUAT MENGHADAPI TIPUAN DUNIA.KEIMANAN KEPADA TUHAN AKAN MENIMBULKAN RASA SABAR MENGHADAPI KARENAH INSAN.
Belajarlah daripada Nabi Yahya a.s dan Nabi Zakaria a.s yang digergaji mati tanpa melihat bunga-bunga kemenangan.Belajarlah daripada Sumaiyyah dan Yassir yang terbunuh tanpa sempat melihat daulah Islamiyah dan empayar Islam berkembang.MEREKA TIDAK DAPAT KEMENANGAN…TAPI MEREKA MENDAPAT KETENANGAN!
Wahai diri,mereka(salafussoleh itu) menjadi ‘besar’ kerana menghadapi ujian yang besar.Mereka ‘mempertaruhkan’ nyawa.Padahal aku,kamu dan kita terlalu kecil justeru yang dipertaruhkan Cuma ‘harga diri’.Terasa diri ditipu,dipersenda,dan diperkotak-katikkan serta tidak dihargai.
Sedarilah yang tercabar bukan harga dirimu tetapi keegoanmu! Harga diri itu milik kita selamanya. Tidak akan luput dan dapat dicabut oleh orang lain.JANGAN BIMBANG JIKA TIDAK DIHARGAI,TETAPI BIMBANG JIKA BENAR-BENAR KITA TIDAK BERHARGA. Di mata siapa?Di mata diri sendiri. Namun,ego itulah yang selalu menuntut pengiktirafan dan sanjungan.
Mulakan langkah mencari bahagia dengan memberi maaf. Namun,terlalu sukar rasanya untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada minta maaf. Masih terngiang-ngiang segala kata nista.Masih terbayang segala tingkah dan perlakuan, Wajah orang yang bersalah itu terasa menjengkilkan. Dan cukup sakit,bila mengenangkan musuh-musuh itu tersenyum dengan kemenangan. Namun itu hanya bisikan ‘hati bersarku’ yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri…ada suara lain yang bergetar. ’Hati kecil’ yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa. Maafkan…lupakan,cintakan,sayangkan. Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri.
Pada sebuah persimpangan rasa,tiba-tiba hati disapa oleh firman :
"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumNya) perbuatan Yang baik dan perbuatan Yang jahat. Tolaklah (kejahatan Yang ditujukan kepadamu) Dengan cara Yang lebih baik; apabila Engkau berlaku demikian maka orang Yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, Dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib." (Fussilat:34)
Musim-musim berlalu sewajarnya mendewasakanku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila ‘fatamorgana’ itu berlalu, aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan kuterjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak! Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitulah maksud sebuah sabda.Justeru? Cukup sekali!
Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku lepaskan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek pendek itu. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain,sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,beerti memaafkan diri sendiri.
“Apa yang kita berikan akan kita terima kembali”[HUKAMA’]
Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksankan,akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah,indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan,kepahitan dan keresahan. Lalu dalam detik yang syahdu ini menyeru. Marilah sama-sama kita lalui…jambatan hati!
Posted by pENcINta IlaHI at 12:20 AM 1 comments
Sunday, May 8
‘Warna’ Disebalik Waktu Solat
Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Asar
Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Sumber: www.zahazan.net
Posted by pENcINta IlaHI at 3:36 AM 0 comments