BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Sunday, July 25

Masa Berlalu

Assalamulaikum w.b.t. kepada semua pengunjung. Hari demi hari,bulan berganti bulan dan tahun makin tahun berlalu dengan pantas sekali. Di sini saya ingin mengigtkan diri saya dan juga para sahabat sekalian, kita telah pun hampir sampai ke pertengahan bulan Syaaban (Selasa 27 Julai= 15 Syaaban) dan tidak lama lagi Ramadhan, bulan yang penuh dengan kemuliaan dan merupakan hadiah daripada Allah kepda hambaNya akan datang menjengah. Mari kita hitung balik dan fikir-fikirkan, banyak manakah amalan yang telah kita buat sebelum ini, terutamanya bulan2 yang penuh rahmat sebelum Ramadhan iaitu Rejab dan Syaaban sebagai latihan untuk kita menghadapi Ramadhan? Sama2 lah kita muhasabah apa yang telah kita buat dengan masa dan nyawa pinjaman Allah. Adakah ia digunakan untuk beribadat kepda Nya? Ataupun kita sentiasa lalai dan tanpa kita sedar sebenarnya tiada pun amalan yang dipandang Allah?!Nauzubillah

Teringat saya semasa berada di Mekah dan Madinah, semua orang kelihatan bersungguh2 beribadah dan tiada masa yang berlalu tanpa solat, baca Al-Qur'an, berzikir dan ibadah2 lain. Kita rasa dan takut kita yang paling sedikit amalan. Bayangkan di hari perhitungan nanti bagaimana jika setelah dihisab-hisab,amalan yang telah kita perbuat di dunia sikit rupanya dan kurang timbangan???

Jadi, mari kita mulakan hari ini!Masih belum terlambat lagi untuk kita memperbetulkan diri,selagi ada masa dan nyawa. Marilah kita plan ibadah seharian kita dan senaraikan beberapa amalan yang kita inginkan ia menjadi amalan wajib kepada diri setiap hari. Contohnya, solat sunat ba'diah dan qobliah,baca Qur'an berapa muka setiap hari, solat dhuha,ma'thurat, qiam? Tengoklah kepada keupayaan diri kita masing2...

Semoga dapat menjadi sedikit panduan dan sama2 kita berlumba2 utk meningkatkan amal ibadah kepad Allah, "FASTABIQUL KHAIRAT".

Ya Allah, terimalah amalan kami dan berilah kepada kami kekuatan untuk meningkatkan ibadah kami kepadaMu dan tingkatkanlah ikhlas di hati ini!

Thursday, July 1

Ku Merindui...

Lagu: Camar Kelukaan
Artis: Saff One
Album: Sandaran Cinta

Di Suatu Ketika
Pernah Kau Hinggap Ke Sisiku
Sayapmu Terluka
Kau Pinta ku Merawatinya

Dengan Segala Keterbatasan
Aku Mencari Segala Penawarnya
Kau Bagai Dilahirakn Kembali Ke Dunia Nyata
Kau Terbang Semula

Kemuncak Yang Ingin Kau Tawan
Itulah Jua Yang ku Impikan
Kau Bawa ku Pergi Bersama Menongkah Arus
Terbang Ke Langit Menggapai Awan

Demi Kejayaan
Ada Harga Perlu Dibayar
ku Menjadi Perisaimu
Bila Panah Menghujani Kita

Apabila Engkau Merasa Tercabar
Kau Anggap aku Menjadi Sainganmu
Tidakkah Engkau Menyedari Persamaan Kita
Hanya Camar Maya

Biarkan aku Terbang Melayang Bersendirian
Tinggalkan aku Mencari Arah Jalan ku Pulang

Biarkan aku Terbang Melayang Bersendirian
Tinggalkan aku Mencari Arah Jalan ku Pulang

Kemuncak Yang Ingin Kau Tawan
Itulah Jua Yang ku Impikan
Kau Bawa Kau Bawa Daku Pergiku
Pergi Bersama Menongkah Arus
Terbang Ke Langit Menggapai Awan

Semua ini Satu Ketentuan

-Aku sedang merindui saat2 menuntut ilmu...
Bersama sahabat2....
Daku merindui sahabat2 yg bersamaku sewaktu di PJ suatu ketika dulu...
Dan aku merindui saat2 kita bersama...
Dan juga, aku merindui untuk kembali ke "Taman Ilmu & Budi"
~Tunggu daku beberapa hari lagi~