BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Friday, January 16

WE ARE WITH YOU!!!DON'T EVER GIVE UP!

Al Qassam Serbu Tempat Markas Pasukan Khusus Israel

Posted by admin

Jan 15

Gaza – PalestinKini : Sayap gerakan Hamas, Brigade al Qassam menegaskan para pejuanganya berjaya menyerbu sebuah rumah yang dijadikan tempat markas pasukan khusus Zionis Israel, Rabu (14/01). Para pejuang berjaya membunuh dan mecederakan sejumlah askar Israel. Pertempuran ini sempat dirakam oleh para pejuang al Qassam.


Dalam pernyataan yang diterima, al Qassam mengatakan, “Para mujahidin berjaya menyerbu sebuah rumah di daerah al Tawam, utara Gaza City, Rabu (14/01) siang. Setelah mengamati pasukan khusus Israel, pejuang al Qassam menyeludup ke daerah tersebut. Para maujahid al Qassam berhasil menembak 10 roket RPG ke arah rumah tersebut. pertempuran terjadi dengan pasukan khusus Zionis Israel dan mengakibatkan sejumlah serdadu tewas dan terluka.”

Al Qassam menyatakan seorang pejuangnya gugur dalam penyerbuan tersebut. Bakinya meninggalkan lokasi dengan selamat. Al Qassam menegaskan bahawa aksi ini dirakam dan akan dikirim ke media massa.

Al Qassam mengatakan, “Ini adalah “perang pembeza” yang diusung oleh Brigade al Qassam untuk menghadapi keganasan Zionis Israel terhadap Semenanjung Gaza.” Pihaknya menegaskan akan terus melanjutkan aksinya membela rakyat Palestindan tanah Semenanjung Gaza. (seto)


Pejuang Palestin berjaya melancarkan 20 bom roket kearah Zionis sejauh 40 kilometer sejak pagi semalam.



Jumaat ,16/01/2009 - Mujahidin Penentangan Palestin(HAMAS) pagi semalam(15/2/2009) telah berjaya meledakkan serangan berulangkali ke beberapa kawasan penempatan haram Zionis dengan lebih 20 peluru berpandu dilancarkan jauh dari semenanjung Gaza sehingga pukul 12 tengah hari semalam. Peluru2 adalah dari jenis Grad.

Pihak Zionis telah memaklumkan bahawa peluru-peluru tersebut telah jatuh di zon-zon 40 kilometer dari Gaza sekurang-kurangnya 20 peluru telah dijumpai oleh pihak mereka. Media-media Zionis, telah melaporkan peluru jenis ‘Grad’ telah jatuh di penempatan haram Ghadira yang jauh dari semenanjung Gaza, mengikut mereka lagi 4 buah peluru juga dilaporkan dijumpai masing-masing di daerah Kiryat Maleakhi di Oovkim dan Eshkol.

Peluru berpandu Palestin, seperti yang di laporkan, telah dilancarkan secara tiba-tiba, pada pagi semalam dan mendarat di penempatan haram Zionis di Sderot. Dan kesemua ledakan yang dilakukan telah mengakibatkan kecederaan dan kepanikan penduduk di sana serta kemusnahan yang besar juga dilihat telah berlaku.



sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Ibn Nashr


Perang di Gaza Berlanjutan, 1035 Gugur dan 5000 Lainnya Cedera

Author: admin

Jan 15

Gaza – Palestinkini: Aksi-aksi gempuran Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza terus berlanjutan, menggunakan semua kekuatan pemusnah dan penghancur. Memasuki hari ke-20, keganasan Israel ini telah mengakibatkan lebih dari 1035 Palestin gugur dan 5000 lainnya cedera.

0 comments: