Salam kepada semua…sudah lama, memang rasa lama sangat tak menulis kat blog ni…hari ini, Allah menizinkan saya utk mencoret sesuatu, ingin berkongsi sesuatu…Sesekali ada juga idea yang datang untuk menulis pasal ‘something’, tapi masa tak mengizinkan…maaf jika ada penunjung yang menantikan post baru saya (jika ada huhu). Saya memang jarang@tidak pernah menulis pasal hidup,berkongsi tentang kehidupan saya, seperti sesetengah blog yangmenjadi diari hidup tuannya. Dari awal saya memang niat buat blog ni untuk menjadi koleksi peringatan (tazkirah) buat diri ini dan juga orang lain (pengunjung) yang ingin membacanya..jadi, jarang saya menukikan @ berkongsi kisah suka duka yang berlaku dalam hidup saya…
Alhamdulillah, kali ini saya rasa ingin berkongsi pasal kehidupan, dari apa yang saya ‘observe’ dari kehidupan insan2 di sekeliling saya. Sebenarnya, saya “baru melihat dunia” ini dengan mata hati..Mungkin saya baru “bangun dari lena” setelah banyak perkara yang telah berlaku dalam hidup ini sebelum ini.Saya ingin berterima kasih dan bersyukur padaMu ya Allah kerana telah memberikan satu kurnia yang begitu besar iaitu “keupayaan untuk berfikir dan menilai dengan mata hati”. Sungguh besar kurnia ini rasanya.. Syukur padaMu ya Allah…
Kenapa ‘title’ post ni pasal perkataan “KORBAN”?Ya, sebab kita baru saja korban lembu hehe..Hari mulia dalam Islam iaitu Hari Raya Aidiladha sinonim dengan perkataan KORBAN ini…Ya, kita selalu dan telah hafal cerita pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, dan isteri Nabi Ibrahim, Siti Hajar juga berkorban..Ya, orang perempuan lagi banyak berkorban, berbanding lelaki terutamanya berkorban perasaan..Mugkin ini Nampak remeh (bagi lelaki), tapi inilah binaan yang paling penting untuk menjadi seorang prempuan..Eh, betul ke ayat nih??Tak pelah, lebih kurang begitulah maksudnya.
Jangan anggap perempuan suka bermain dengan perasaan..Ya. Pada hakikatnya, memanglah kita rasa perkara tu remeh je tapi diperbesarkan, sebab dipengaruhi oleh emosi…Tapi betul juga, tak boleh nak ikut@terlalu ikut perasaan, tak boleh jgk, kena kawal…Tapi susah untuk kawal perasaan sendiri sebenarnya, melainkan ada orang di sisi kita yang ingatkan atau sedarkan kita…Inilah yang ingin saya kongsikan. Penting untuk kita sedarkan insan2 di sekeliling kita, yang kadangkala tersasar ataupun tergelincir dari landasan, dan kembalikanlah mereka ke landasan yang betul…
Dalam hidup kita sebenarnya Allah anugerahkan dengan perasaan yang sangat abstrak, iaitu perasaan kasih sayang ataupun cinta kepada insan lain…Kasih sayang dan cinta kepada ibu ayah, adik beradik, ibubapa kepada anak2, kawan2 dan juga kepada sesiapa sahaja insan2 istimewa yang hadir dalam hidup kita..Dan, kita juga berKORBAN, selalu berKORBAN untuk mereka, orang2 yang kita sayang..Daripada pemerhatian saya, insan yang lebih banyak berkorban adalah perempuan. Terutamanya BERKORBAN dari segi perasaaan sendiri. Sebab, perempuan banyak dan seringkali terluka atau dilukai oleh insan2 yang disayangi, sama ada secara sedar atau tidak…Mungkin akan ada orang kata ini perkara remeh dan tak perlu dibincangkan. Ya, memaang ini perkara yang remeh, tapi ia sbenarnya besar maknanya pada wanita…
Contohnya, saya pernah melihat wanita yang dalam hatinya selalu terluka dengan lelaki yang dia sayang..Ada perempuan yang sengsara perasaannya disebabkan suaminya berpoligami…Ada juga yang selalu remuk hati bila suaminya jenis yang tidak peka kepada diri, dan yang lebih penting perasaannya..Hal ini sebenarnya sangat abstrak dan sensitif, sebab perempuan sifatnya sangat halus dan lembut, terutama hati dan perasaan. Itulah istemawanya penciptaan wanita dan itu adalah kurnia dari Yang Maha Pencipta. Mugkin ada sesetengah lelaki tidak faham maksud saya ni. Takpelah kalu tak paham, tak yah susah2 nak pikir, tapi itu boleh jadi petanda bahawa anda ‘tiada perasaan’ hehe..
Alamak,panjang la pulak ‘post’ ni…Maaf la ye kalu sesiapa yang membaca post ni rasa ‘boring’…Saya hanya ingin meluahkan apa yang ada dalam hati saya, ingin berkongsi apa yang saya paham dari pemerhatian dengan “mata hati”…Em, mugkin ada lagi yang tak sampai maksud dan ada lagi perkara lain yang dapat dikongsi, tapi dah panjang rasanya post ni, dan tangan pun dah lenguh nak menaip, may be next time pulak saya kongsi…Ok, terima kasih kerana sudi membacanya sampai habis, dan kalau ada yang tap puas hati atau tak setuju dengan saya, saya open je….Boleh dan sila ‘comment’ ye…kirim salam saya kepada orang2 yang anda sayang dan cubalah peka dan fahami perasaan mereka….Wasssalam
Monday, November 22
KORBAN KASIH
Posted by pENcINta IlaHI at 1:00 AM 3 comments
Wednesday, October 20
Cara Efektif Meninggalkan Dosa
Satu permasalahan yang bersangkutan dengan dosa adalah meninggalkannya. Ya. Ramai yang berhadapan dengan masalah ini. Apakah cara yang terbaik, dan paling berkesan dalam meninggalkan dosa? Mungkin itu satu soalan yang mana jawapannya dinantikan mungkin oleh jutaan manusia yang berhajatkan keredhaan Allah SWT.
Sememangnya, kegusaran terhadap dosa, menandakan keimanan masih lagi punya cahaya.
Maka, dari selaput dosa yang melekit lekat pada jiwa kita, bagaimana hendak keluar daripadanya?
Di sini ada buah idea, untuk sama-sama kita renungkan dan perhatikannya.
Kesilapan utama dalam meninggalkan dosa.
Ramai manusia, apabila berhajat hendak meninggalkan dosa, mereka hanya melihat MENINGGALKAN DOSA semata-mata. Pada saya, ini adalah kesilapan yang fatal dalam meninggalkan dosa.
Maka yang tersemat di dalam kepala, adalah perkara-perkara seperti ‘berhenti, tinggal, jauh,’ dan sewaktu dengannya. Mereka akan perhatikan betapa sukarnya meninggalkan dosa apabila terus disuruh tinggal. Akhirnya, mungkin dapat tinggal beberapa hari, kemudian buat kembali. Ramai yang gagal dalam mendaki ‘gunung ke syurga’, ramainya jatuh kembali.
Jadi bagaimana?
Kebaikan itu, memadamkan keburukan.
Allah SWT berfirman:
“ Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan-kejahatan.” Surah Hud ayat 114.
Silap bagi mereka yang memandang ayat ini dengan maksud berikut: “Buat dosa tak mengapa, asalkan buat baik banyak. Sebab kebaikan-kebaikan kita menghapuskan dosa-dosa kita.”
Salah dan salah.
Ayat ini hakikatnya adalah untuk yang hendak MENINGGALKAN dosa. Bukan alasan untuk yang hendak MEMBUAT LEBIH BANYAK dosa.
Maka jawapan kepada permasalahan di atas, yakni hendak meninggalkan dosa, terkandung di dalam ayat ini. Yakni, buatlah kebaikan. Sesungguhnya kebaikan-kebaikan itu akan memadamkan perasaan ingin melakukan kemungkaran. Hal ini kerana, sifir kehidupan ini mudah, kebaikan dan kejahatan tidak akan dapat bersatu di dalam satu waktu.
Maka kita perhatikan ayat Al-Quran tadi secara penuh:
“Dan dirikanlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.“ Surah Hud ayat 114.
Dan dirikanlah solat. Solat adalah paksi kepada segala kebaikan. Ia adalah tiang agama. Kemudian lihatlah isyarat Allah mengarahkan kita menambah dengan perkara-perkara sunat di dalam firmanNya: dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Kemudian barulah Allah menyebut: Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan-kejahatan.
Maka, resepi utama dalam hendak menguatkan langkahan kita dalam meninggalkan kejahatan dan dosa adalah dengan melakukan kebaikan!
Balang kehidupan. Pengisiannya.
Sekiranya kita hidup 80 tahun, maka yang ada pada kita hanya 80 tahun. Dan apa yang boleh diisi di dalam 80 tahun adalah hanya 80 tahun. Maka di sini kita melihat satu limitasi. Hendaklah kita menganalogikan kehidupan kita ini ibarat cawan. Jika diisi air, ia akan penuh. Bila penuh, apakah kita akan dapat pula mengisi air yang lain? Tidak.
Begitulah konsepnya meninggalkan dosa. Dengan melakukan kebaikan, kita telah meng’isi’ kehidupan kita. Apakah semasa kita melakukan kebaikan, kita melakukan kejahatan yang hendak kita tinggalkan tadi? Semestinya tidak. Sebab waktu untuk melakukan kejahatan, telah kita isikan dengan melakukan kebaikan.
Maka lihatlah betapa indahnya Allah SWT menyatakan kerugian manusia di dalam Surah Al-’Asr, dan mengecualikan kerugian itu terhadap mereka yang telah berjaya mengisinya dengan baik.
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.“ Surah Al-’Asr ayat 1-3.
Tidakkah anda memerhatikan?
Alihkan perhatian, tambahkan kekuatan.
Semestinya, mengalihkan perhatian dari dosa yang kita lakukan adalah cara yang terbaik. Tetapi kita hendak alihkan perhatian kita kepada apa? Di sinilah perlunya kita memahami akan keperluan mengisi kehidupan dengan kebaikan-kebaikan.
Jangan bohong dengan saya dengan menyatakan: “Aku dah buat banyak benda baik, tapi still ada masa gak nak buat benda jahat ni.”
Bohong dan bohong. Hakikatnya, Allah menciptakan benda baik itu banyak dan melebihi 24 jam sehari jika hendak melaksanakan semua. Hatta ada manusia itu, terpaksa mengorbankan waktu tidurnya kerana hendak melakukan lebih banyak kebaikan.
Maka di manakah waktu melakukan dosa?
Tambahan, sekiranya kita banyak melakukan kebaikan, maka jiwa kita akan terisi, hati kita akan disirami siraman yang menghidupkan peribadi. Kehidupan akan bercahaya, kerana kita berhubungan dengan Ilahi. Kekuatan akan muncul di situ. Kekuatan yang tiada taranya.
Tidakkah anda melihat, hendakkan ketenangan jiwa, apakah yang perlu dilakukan terlebih dahulu?
“Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang.” Surah Ar-Ra’d ayat 28.
Bukankah disebut: “Bahawa dengan mengingati Allah…” Terlebih dahulu?
Penutup: Melangkah hari baru tanpa dosa. Susunlah kehidupanmu!
Allah Maha Penyayang. Walaupun anda dan saya berdosa, anda dan saya masih diizinkanNya hidup sampai ke hari ini. Walaupun anda berdosa, anda masih diizinkan membaca artikel saya ini dan membaca idea saya ini. Walaupun saya berdosa, saya masih diizinkan menulis artikel ini dan diberikan idea ini. Maka sekarang ini, bagaimanakah kita membalas kasih sayang Allah SWT?
Marilah kita melangkah hari baru dengan berusaha mati-matian mengisi kehidupan kita dengan kebaikan.
Di situlah waktunya kita meninggalkan kejahatan.
Hakikatnya, bergerak kepada Allah dengan bergerak mengingkariNya itu ibarat satu bergerak ke utara dan satu lagi bergerak ke selatan. Selangkah kita kepada Allah, selangkah kita telah meninggalkan kejahatan. Selangkah kita ke arah kemungkaran, hakikatnya kita telah selangkah meninggalkan Allah SWT.
Tidakkah kita ini manusia yang memerhatikan?
Marilah kita isi kehidupan!
~Hilal Asyraf
http://www.langitilahi.com
Posted by pENcINta IlaHI at 5:56 AM 0 comments
Saturday, October 2
La Tahzan
Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan
Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda kaya di Dunia
Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya
yang Maha Luas
Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan Anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri dan anda juga ada kelebihan yang orang lain tidak memiliki
Jangan Bersedih...Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa dan Allah ingin bagi kita 'sesuatu' dengan musibah itu
Jangan Bersedih Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan, sesungguhnya setiap kesusahan itu akan ada kemudahannya
Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Anda tidak dapat membangunkan dan memperbaiki diri
Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi ambillah pengajaran dari tingkah laku mereka itu
Jangan Bersedih...Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu, walaupun manusia tidak memandangnya. Ingatlah Allah itu ada bersama Kita dan melihat kita...dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya
Jangan Bersedih, berbahagialah dengan hidup anda hari ini kerana mungkin tiada esok lagi untuk Anda
LA TAHZAN, INNALLAHA MA'ANA
Posted by pENcINta IlaHI at 1:18 AM 2 comments
