BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Monday, November 30

Sampaikan kepada SI DIA

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapaku kerana di telapak itu syurgaku..

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...



Nukilan: Ummu Maira...(uhibbuki fillah!)

Friday, October 30

NEVER EVER GIVE UP!

Umat Islam harus cemerlang,
Hari ini mesti lebih baik dari semalam,
Jangan buang masa,
Siapa kata kita tidak boleh,
Kita ada Allah Maha Kuasa,
Kita punya kuasa tenaga,
Doa sebagai senjata.

Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh,
Kita ada Allah Maha Kuasa,
Kita punya kuasa tenaga,
Doa sebagai senjata.
UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH

Ujian dan peperiksaan merupakan satu proses dalam kehidupan...
They are part of our life!!! Tidak sempurna hidup tanpa ujian, sama ada ujuan @ exam sepanjang proses pembelajaran mahu pun ujian hidup itu sendiri...
Namun natijah adalah semuanya dari Allah...Sama ada berjaya atau gagal adalah hak Allah dan kuasa Allah untuk beri kepda kita... KEJAYAAN dan KEGAGALAN adalah satu perjalanan bukan destinasi...
INGAT, jangan kau mudah berputus asa...Yakinlah dengan rahmat Allah yang sentiasa bersama kita...Doa ibu bapa kita yang masih hidup sentiasa mengiringi perjalanan kita...Doa para sahabat menjadi kekuatan kita...Dan yang paling penting DOA KITA...
Mohonlah kepada Allah dengan sepenuh hatimu...Dia telah berjanji bahawa Dia akan memakbulkan setiap doa hambaNya...Namun, cepat atau lambat doa itu termakbul adalah hak dan kuasa Allah...tapi yakinlah dengan janji2 Nya kepada hambaNya...
INGAT!!!Kita adalah umat Islam..wajib untuk kita berjaya dalam bidang msg2 untk menymbang kepada agama dan umat nanti bila tiba masanya dengan segala ilmu yang kita miliki...Jadi, berusahalah dari sekarang...BERSABAR dan KUATLAH KERANA dan UNTUK ALLAH!!!

Wassalam

Monday, October 12

Saat kau bangun pagi hari

Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu
dan berharap engkau akan berbicara kepada KU,
walaupun hanya sepatah kata meminta
pendapatKU atau bersyukur kepada KU atas
sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu
hari ini atau kelmarin ...

Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk
mempersiapkan diri untuk pergi bekerja
dan melakukan urusan duniamu...

AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap,
AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk
berhenti dan menyapaKU, tetapi engkau terlalu
sibuk ...

Disatu tempat, engkau duduk disebuah kerusi
selama lima belas minit tanpa melakukan apapun
Kemudian AKU melihat engkau menggerakkan
kakimu. AKU berfikir engkau akan berbicara
kepadaKU tetapi engkau berlari ke telefon dan
menghubungi seorang teman untuk mendengarkan
khabar terbaru...

AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan
AKU menanti dengan sabar sepanjang hari.
Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau
terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU...

Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang
sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk
berbicara kepadaKU, itulah sebabnya mengapa
engkau tidak menundukkan kepalamu.

Engkau memandang tiga atau empat meja
sekitarmu dan melihat beberapa temanmu
berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut
sebelum menyantap rezeki yang AKU berikan, tetapi
engkau tidak melakukannya ... masih ada waktu
yang tersisa dan AKU berharap engkau akan
berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau
pulang ke rumah kelihatannya seakan-akan banyak
hal yang harus kau kerjakan.

Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV,
engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari
di depannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya
menikmati acara yg ditampilkan...

Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau
menonton TV dan menikmati makananmu tetapi
kembali kau tidak berbicara kepadaKU ...

Saat tidur, KU pikir kau merasa terlalu lelah.
Setelah mengucapkan selamat malam kepada
keluargamu, kau melompat ke tempat tidur dan
tertidur tanpa sepatah pun namaKU, kau sebut...

Engkau menyadari bahwa AKU selalu hadir
untukmu!
AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau
sadari!
AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana
bersabar terhadap orang lain!
AKU sangat menyayangimu, setiap hari AKU
menantikan sepatah kata, do'a, fikiran atau syukur
dari hatimu...

Keesokan harinya ...engkau bangun kembali dan
kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahwa
hari ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk
menyapaKU ....Tapi yang KU tunggu...tak
kunjung tiba ...tak juga kau menyapaKU......

Subuh ........ Dzuhur .......
Ashyar ..........Magrib ......... Isya dan Subuh
kembali, kau masih mengacuhkan AKU.... tak ada
sepatah kata, tak ada seucap do'a, dan tak ada
rasa, tak ada harapan dan kein gin an untuk
bersujud kepadaKU .........

Apa salahKU padamu ...... wahai HAMBAKU?????
Rezeki yang KU limpahkan, kesihatan yang KU
berikan, harta yang KU relakan, makanan yang KU
hidangkan, anak-anak yang KUrahmatkan, apakah
hal itu tidak membuatmu ingat
KepadaKU............!!!!!!!

Percayalah AKU selalu mengasihimu, dan AKU
tetap berharap suatu saat engkau akan menyapa
KU, memohon perlindungan KU, bersujud
menghadap KU ...... Yang selalu menyertaimu
setiap saat..................................

...SEDARLAH WAHAI MANUSIA SELAGI NYAWA DIJASADMU....