Apa yang mematangkan kita dalam mengharungi kehidupan ini adalah kebanyakannya daripada pengalaman yang kita lalui dalam hidup sehari-hari. Pengalaman boleh didapati daripda pemerhatian mahupun perkara yang dilalui diri sendiri. Di sini saya suka berkongsi pengalaman yang didapati daripada pemerhatian. Baru-baru ini ramai yang bercakap mengenai sebuah drama bersiri di TV3 yang disiarkan setiap hari Jumaat. Sebut je Nur Kasih mesti semua orang tahu. Saya hanya sempat mengikuti beberapa episod awalnya ketika berada di rumah, tapi selepas tu dah tak tau ape pekembangannya. Cuma dengar dari kawan-kawan yang mengikutinya. Masa cuti semester baru berpeluang ‘mengkhatamkan’ Nur Kasih bersama keluarga. Terima kasih kepada Nani roommateku yang memberi saya copy episod2 Nur Kasih dari episod pertama yang didownloadnya.
Banyak yang saya dapat pelajari dari Nur Kasih. Ketaatan, pengorbanan, kesetiaan, erti kasih saying, hubungan kekeluargaan dan sebagainya. Setiap watak yang dilakonkan tersirat iktibar dan pengajaran masing-masing. Tiga watak utama; Nur Amina, Adam dan Aidil…Masing-masing menonjolkan nilai-nilai diri yang tersendiri. Manakala watak ayah ibu yang dipaparkan oleh ibu bapa Nur&Sarah serta ayah ibu Aidil&Adam. Masing-masing inginkan anak-anak yang soleh solehah dan berjaya. Mereka mahukan anak-anak bahagia di dunia dan berjaya di akhirat. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Setiap ibu bapa memberikan semua yang terbaik untuk anak-anak mereka. Mereka cuba sedaya upaya mengajar dan mengasuh anak-anak supaya menjadi anak yang berguna dan penyejuk mata. Itulah impian setiap ibubapa.
Nur Amina…sangat tinggi cita-citanya, sangat luhur budinya, sangat lembut pekertinya, sangat baik dan mulia hatinya…Impian untuk menjadi Sarjana Islam dan menjadikan Aisyah radiallahuanha sebagai idola. Dia sanggup mempertahankan cita-citanya dan tidak mahu sesiapa dan apapun menghalangi impian dan prinsip hidupnya dimusnahkan. Nur sangat menjaga hati orang tuanya. Dia tidak mahu ibubapanya merasa susah kerananya. Nur berusaha untuk menjadi seorang isteri yang mithali. Walaupun terpaksa berkahwin awal kerana keadaan memaksa dan terpaksa menerima pinangan yang diaturkan ibubapanya. Namun bahagia tidak bersamanya. Indahnya alam perkahwinan yang diidamkan musnah dan reaksi dingin yang tidak diduga daripada suaminya. Walaupun diuji dengan pelbagai ujian, Nur sabar menghadapinya dan redha dengan ketentual Ilahi. Ketabahan dan kesabaran yang ditunjukkan oleh watak Nur Amina mesti diusahakan untuk dicontohi. Kematangan dalam bertindak dan membuat keputusan sangat dikagumkan dan ianya terhasil daripada tarbiyah Allah yang dihadapkan kepadanya.
Aidil bin Hasan…sangat tinggi pengorbanannya. Kebahagiaan dirinya dikorbankan untuk kebahagiaan orang lain. Aidil lebih banyak memikirkan hal orang lain berbanding hal dirinya sendiri. Aidil redha dengan apa sahaja keputusan yang dibuat oleh ayahnya walaupun menyeksa batinnya. Aidil menolong semua orang yang memerlukan semampunya. Natijah daripada kebaikan dan pengorbananya, dia mendapat redha ibunya dan juga Allah menggantikan apa yang telah dikorbankan dengan sesuatu yanglebih baik dari yang diinginkanya. Namun, Aidil juga diuji Allah dengan pelbagai ujian yang berat di sepanjang perkahwinanya seperti fitnah daripada Sarah, adik kepada adik ipar sendiri. Namun Aidil melaluinya dengan penuh sabar dan hikmah. Pengorbanan yang telah ditunjukan oleh watak Aidil sangat menyentuh hati saya. Aidil juga seorang anak yang taat dan sanggup mengorbankan masa dan kehendak dirinya untuk adiknya.
Adam bin Hasan, adik kepada Adam dan suami kepada Nur… Adam yang dimulai wataknya dengan seorang yang sangat jauh dengan agama dan menjalani kehidupan yang sangat gelap walaupun ayahnya seorang ustaz. Betullah iman tidak dapat diwarisi. Namun, hidayah yang diberikan oleh Allah boleh datang bila-bila masa yang dikehendakiNya dan kepada siapa jua… Tidak kira sebesar dan sebanyak manapun dosa seseorang itu, jangan berhenti mengharap dan memohon kepada Allah agar Allah memberinya petunjuk ke jalan yang benar dan kembali ke pangkal jalan. Semua manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan. Jika ada silap dengan sesama manusia, kemaafan bukan yang paling penting… Apa yang paling penting adalah tidak mengulangi lagi kesilapan yang sama berulang kali. Mohonlah keampunan daripada Allah atas segala kesilapan dan dosa yang telah dilakukan, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. “ Tetapi barang siapa bertaubat setelah melakukan kejahatan itu dan meperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (Al-Maidah:39)
Tahniah kepada pengarang cerita asal Nur Kasih Mira Mustaffa dan pengarah cerita ini Kabir Bhatia kerana telah menghasilkan sebuah drama Melayu yang tinggi value nya. Semoga ulasan ini dapat menarik sesiapa yang belum berkesempatan untuk menonton cerita ini dengan mata hati. Semoga kita dapat mengambil banyak pengajaran daripada cerita ini yang banyak sekali nilainya dan dapat membuatkan kita berfikir sejenak tentang diri kita….WALLAHUA’LAM
Friday, December 4
Iktibar dari Sebuah Cerita
Posted by pENcINta IlaHI at 3:09 PM 0 comments
Wednesday, December 2
Harapan PadaMu Subur Kembali
Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu
HambaMu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika
Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih kembali
Harapanku subur kembali
Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat
Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini
Posted by pENcINta IlaHI at 4:00 PM 0 comments
Monday, November 30
Sampaikan kepada SI DIA
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapaku kerana di telapak itu syurgaku..
Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti... 
Nukilan: Ummu Maira...(uhibbuki fillah!)
Posted by pENcINta IlaHI at 8:25 PM 0 comments
